Pengarah WAZAN Beri Ucapan Dalam Program Kenali Tahap Kesihatan: Tanggungjawab Diutamakan, Kesihatan Didahulukan | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Pengarah WAZAN Beri Ucapan Dalam Program Kenali Tahap Kesihatan: Tanggungjawab Diutamakan, Kesihatan Didahulukan

Pengarah WAZAN Beri Ucapan Dalam Program Kenali Tahap Kesihatan: Tanggungjawab Diutamakan, Kesihatan Didahulukan

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

SERDANG, 5 APRIL – Pengarah WAZAN, YBhg. Dr. Haji Razali bin Othman telah dijemput untuk menyampaikan sesi perkongsian tentang ‘Kenal Kelayakan, Kemudahan, Perkhidmatan, dan Kepakaran UPM.

 

 

 

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengimejan dan Diagnostik Nuklear (PPDN) dengan kerjasama Persatuan Pentadbir UPM telah diadakan hari ini mulai jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang di Panggung Percubaan UPM, menghimpunkan pakar-pakar perubatan dan pentadbir kesihatan serta warga UPM

 

Dalam sesi perkongsian tadi, Dr. Razali bin Othman, Pengarah WAZAN telah menjelaskan tentang peranan serta tanggungjawab WAZAN membantu warga UPM yang memerlukan bantuan kesihatan.

 

Menurutnya, WAZAN telah menyediakan peruntukan khas dengan kerjasama PPDN membantu warga UPM yang perlu mendapatkan perkhidmatan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Warga UPM hanya perlu datang ke pejabat WAZAN atau PPDN untuk mendapatkan perkhidmatan percuma.

 

Tambah Dr. Razali lagi, warga UPM yang ditimpa musibah termasuk sakit dan sebagainya, boleh juga mendapatkan bantuan dana zakat yang ada di WAZAN. Maklumat tersebut boleh diperolehi terus menerusi laman sesawang WAZAN di alamat http://www.wazan.upm.edu.my.

 

 

 

Di akhir sesi perkongsian tersebut, Dr. Razali mengajak semua warga UPM yang mampu untuk sama menyumbang dalam Tabung Dana Wakaf Ilmu UPM. Katanya, “hari ini orang lain sakit, esok mungkin kita. Jadi gunakan masa yang ada, kemampuan yang ada untuk sama-sama membantu.” – WAZAN Online

Tarikh Input: 16/10/2018 | Kemaskini: 02/11/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUBA7~