MyCDM @WAZAN Galakkan Budaya Menyumbang Melalui Perbelanjaan | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » MyCDM @WAZAN Galakkan Budaya Menyumbang Melalui Perbelanjaan

MyCDM @WAZAN Galakkan Budaya Menyumbang Melalui Perbelanjaan

MyCDM @WAZAN LANCAR SUMBANGAN MELALUI PERBELANJAAN BANTU GOLONGAN B40

 

UPM Serdang, 12 Okt - Community Digital (M) Sdn Bhd (CDM) menawarkan usahasama bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyalurkan sumbangan tunai.

 

Community Digital (M) Sdn Bhd (CDM) adalah sebuah syarikat yang menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan melalui jaringan komuniti dengan sistem dan teknologi terkini. Usahasama ini dilihat adalah untuk memberi galakan kepada pengguna-pengguna produk keluaran CDM khususnya usahawan komuniti yang bernaung di bawah CDM.

 

Usahasama ini disampaikan melalui surat tawaran usahasama yang dipersetujui bersama WAZAN dan UPM kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Ybhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam sesi Kunjungan Hormat Delegasi CDM di Pejabat Naib Canselor, Canselori Putra, UPM Khamis lalu.

 

 

Naib Canselor UPM (kiri) menerima surat usahasama CDM kepada WAZAN UPM dari Dato Hj. Malek Noor – Foto, NOOR AZREEN BIN AWANG (UPM)

 

 

Antara intipati sesi kunjungan hormat tersebut ialah kesiapsediaan pihak CDM memberikan sumbangan dalam bentuk keuntungan pembelian barangan yang dijual oleh CDM kepada WAZAN UPM.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata “UPM amat berbesar hati mengalu-alukan usahasama yang dijalinkan seterusnya memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar UPM yang memerlukan agar dapat menamatkan pengajian mereka”.

 

“Dengan usahasama ini dapat memberi peluang kepada usahawan-usahawan dalam kalangan pelajar di UPM bagi meningkatkan marketibility pelajar tersebut dalam bidang keusahawanan”, ujar beliau lagi.

 

Menurut Pengasas CDM iaitu En. Rusdie Ganning, “CDM akan menyumbang kepada WAZAN UPM untuk membantu mereka yang memerlukan hasil dari jualan produk-produk kami”.

 

“Kami akan memberikan sumbangan sebanyak RM3.50 bagi setiap satu produk Kopi Gen2, White Coffee, Gen2 Q10, Trace Mineral, Magnesium & Jus Delima yang terjual iaitu RM1.00 oleh pengguna dan RM2.50 adalah sumbangan syarikat dan usahawan yang menjual produk”, ujarnya lagi.

 

 

Sumbangan dari penjualan produk-produk keluaran CDM akan disalurkan kepada Tabung UPM Prihatin @WAZAN – Foto, NOOR AZREEN BIN AWANG (UPM)

 

Menurut Dato Malek Noor yang merupakan Pengerusi CDM berkata, “CDM dalam usaha untuk menggalakkan masyarakat terutamanya mereka yang ada di dalam komuniti digital ini untuk menyumbang melalui pembelian produk-produk keluaran kami, kami yakin dengan cara itu mereka akan berpeluang untuk bersedekah”.

 

Menurut Malek lagi, “tempoh usahasama antara pihak CDM dan pihak WAZAN UPM adalah selama tiga (3) tahun bermula dari tarikh surat terimaan tawaran ditandatangani”.

 

Dr. Hj Razali Othman yang merupakan Pengarah WAZAN UPM berkata, “kami melihat CDM sudah mula menjual dan mengumpul sumbangan mereka, In shaa Allah dengan hasil jumlah sumbangan yang terkumpul tersebut akan disalurkan kepada Tabung UPM Prihatin @WAZAN untuk membantu golongan B40 yang memerlukan”.

 

Dalam sesi tersebut dihadiri oleh YBhg Dato Hj. Malek Noor, Pengerusi CDM, En. Rusdie Ganning, Pengasas CDM, En. Mohamad Nizam Hj Abdul Samar Zammi, Ketua Pegawai Eksekutif CDM, En. Rumawi Hj Kasolan Nizam, Pengarah Pembangunan Perniagaan CDM dan Pn. Suzana Othman, Admin CDM.

 

 

Turut sama dalam sesi kunjungan ini adalah Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali, Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM, Dr. Hj. Razali Othman, Pengarah WAZAN, En. Nuruliman Ibrahim dan En. Mohd Rizal Helmi bin A Razak selaku Pegawai WAZAN.

 

CDM, WAZAN dan UPM akan memeterai satu Memorendum Kesefahaman (MoU) dalam masa yang terdekat.

 

 

Sesi Kunjungan Hormat CDM dan WAZAN UPM di Pejabat Naib Canselor UPM Khamis lalu – Foto, NOOR AZREEN BIN AWANG (UPM)

 

Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 27/12/2020 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZMAe~