Majlis Penyerahan Manuskrip Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (PPWIP) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Majlis Penyerahan Manuskrip Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (PPWIP)

Majlis Penyerahan Manuskrip Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (PPWIP)

Oleh WAZAN Online

PUTRAJAYA, 16 Julai - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah merakam satu lagi sejarah dengan berlangsungnya Majlis Penyerahan Manuskrip Panduan Pegurusan Wakaf Institusi Pendidikan (PPWIP). Majlis penyerahan manuskrip ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Razali Othman Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM kepada YBhg. Tn. Hj. Ahmad Musaddad Hj. Sulaiman Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk diterbitkan.

 

Buku PPWIP ini telah dihasilkan dibawah penyelarasan WAZAN UPM dengan kerjasama daripada pihak JAWHAR, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), pakar-pakar dari pelbagai universiti awam/swasta serta beberapa agensi kerajaan.

Buku PPWIP ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan ringkas serta kandungannya yang lengkap boleh dijadikan sebagi panduan asas untuk mengetahui bagaimana entiti pengurusan wakaf institusi pendidikan ditubuhkan dan sebagainya. Dengan adanya buku PPWIP ini diharap dapat membantu seluruh institusi pendidikan di Malaysia termasuk institusi pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pondok, tahfiz dan pengajian tinggi dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan wakaf.   

 

Majlis ini diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap wakaf serta dapat menyuburkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya umat Islam.

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXERGAr~