Lembaga Zakat Selangor Hargai Kepakaran WAZAN Dalam Pembangunan Asnaf | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Lembaga Zakat Selangor hargai kepakaran WAZAN dalam pembangunan asnaf

Lembaga Zakat Selangor hargai kepakaran WAZAN dalam pembangunan asnaf

Gambar 1: Pembangunan asnaf menerusi Program Jati Diri NLP 

Gambar 2: Sesi perkongsian Dr. Haji Razali Othman bersama Ustaz Zuhaimi sempena program kepimpinan Al-fateh.

 

UPM, 17 Januari 2019- Amanah yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi perlantikan WAZAN sebagai penolong amil di Universiti Putra Malaysia telah berjaya direalisasikan. Sejak penubuhan WAZAN pada oktober 2016 program telah dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh WAZAN dibawah kelolaan Dr. Haji Razali selaku pengarah. Justeru, komponen pembangunan asnaf merupakan inti pati penting dalam memberikan faedah dan manfaat daripada hasil dana wakaf dan zakat yang telah disumbangkan. Pembentukan modal insan yang cemerlang menjadi tonggak penting kepada WAZAN untuk terus memberi suntikan semangat kepada para semua pelajar asnaf. Kekuatan jati diri dan keyakinan pelajar dibentuk kerana  kemiskinan bukanlah penghalang dalam mencapai kejayaan. Sehubungan itu, pelbagai program pembangunan asnaf yang dijalankan meliputi beberapa aspek seperti bantuan kewangan sara diri dan pembayaran yuran pengajian. Lebih 8000 pelajar UPM khususya pelajar asnaf telah mendapat manfaat bantuan dana zakat.

Kempen UPM PRIHATIN@WAZAN misalnya menjadi citra penting untuk mempertingkatkan lagi sumbangan warga kampus UPM dan masyarakat setempat untuk membantu pelajar asnaf yang memerlukan. Di samping itu, pemantapan sahsiah, kerohanian dan kemahiran insaniah turut digembleng dengan sistematik oleh WAZAN melalui pelbagai penganjuran program jati diri NLP dan kem kepimpinan Al-Fateh bagi membentuk pelajar asnaf kelas pertama serta memiliki ciri ciri modal insan yang baik dan terpuji. Seterusnya, dana wakaf ilmu UPM juga meletakkan pembangunan asnaf sebagai teras penting. Buktinya, WAZAN telah menyediakan pelbagai bantuan biasiswa , program free meal dan free fuel, Dapur Rakyat, bantuan penyelidikan kepada pelajar master dan doktor falsafah. Sementara itu, dana UPM Prihatin@WAZAN juga berjaya menaja pengajian pelajar seramai 30 orang daripada pelbagai bidang pengajian di UPM. Oleh yang demikian, penghargaan yang telah diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor merupakan satu dorongan positif. WAZAN akan terus membina semangat dalam membantu, membimbing dan membela nasib para pelajar asnaf ke arah kejayaan di dunia dan akhirat kelak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 01/03/2019 | Kemaskini: 01/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597364727