JOM TAMBAH AMAL KITA DENGAN MYKURMA@WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » JOM TAMBAH AMAL KITA DENGAN MYKURMA@WAZAN

JOM TAMBAH AMAL KITA DENGAN MYKURMA@WAZAN

 

UPM, 6 MEI 2019 – Bersempena dengan Bulan Wakaf dan Zakat Ramadan 2019, pihak WAZAN telah melancarkan produk MyKurma@WAZAN bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk berinfaq atau bersedekah. Idea ini merupakan cetusan antara WAZAN bersama Yusuf Taiyoob.

Melalui sumbangan serendah RM20.00, sekilo kurma berkualiti tinggi iaitu Kurma Mariami akan dibekalkan kepada para penyumbang. Produk kurma ini adalah berkualiti, segar, rangup, sedap, dan diproses secara halal. Sumbangan kurma ini akan diinfaqkan di masjid-masjid mahupun surau disekitar UPM dan Serdang. Bukan itu sahaja, 10% daripada setiap pembelian akan di infaq bagi membantu pelajar asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.

Sehubungan dengan itu, WAZAN mengharapkan produk MyKurma@WAZAN akan sambutan yang baik daripada staf dan masyarakat sekitar UPM. Dalam masa yang sama, manfaat sedekah ini akan dapat disebarluaskan kepada para pelajar dan Jemaah masjid yang bersahur dan berbuka puasa. WAZAN amat menghargai kesudian Yusuf Taiyoob untuk menjayakan produk ini dan semoga program ini akan terus dilestarikan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 07/05/2019 | Kemaskini: 07/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1597362333