Jelajah Motosikal Dan Agihan Bantuan Kepada Pelajar Asnaf Universiti Putra Malaysia | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Jelajah Motosikal dan Agihan Bantuan kepada Pelajar Asnaf Universiti Putra Malaysia

Jelajah Motosikal dan Agihan Bantuan kepada Pelajar Asnaf Universiti Putra Malaysia

UPM, 28 November 2018-  Bersempena Bulan Wakaf dan Zakat WAZAN Universiti Putra Malaysia telah berlangsung majlis pelancaran “Bulan Zakat dan Wakaf UPM” 2018 di Foyer, Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia.

Pihak Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen (WAZAN) UPM memberikan kelainan dalam majlis pelancaran kali ini dengan mengadakan jelajah bermotosikal yang melibatkan seluruh kolej kediaman pelajar di UPM.

Malahan, jelajah bermotosikal ini bertujuan memberikan agihan dalam bentuk kewangan dan hamper kepada pelajar UPM daripada golongan Asnaf. 

Bertepatan dengan tema kali ini “Rezeki Dikongsi, Nikmat Disyukuri” maka sumbangan tersebut bertujuan berkongsi rezeki bersama pelajar Asnaf UPM.

Tarikh Input: 27/12/2018 | Kemaskini: 27/12/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586527348