IWAQF - Kembalikan Kegemilangan Wakaf Yang Hilang! | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » iWAQF - Kembalikan Kegemilangan Wakaf Yang Hilang!

iWAQF - Kembalikan Kegemilangan Wakaf Yang Hilang!

Selangor, 23 Mac 2019 – Perjumpaan pertama International Waqf Council (iWAQF) telah dilaksanakan secara perbincangan santai bersama hali jawatankuasa 2019. Pada tahun ini menyaksikan Pengarah WAZAN, Dr. Haji. Razali Othman telah dilantik sebagai Timbalan Presiden badan ini. Selain itu, Ustaz Nurul Iman juga diberikan kepercayaan sebagai setiausaha agung i WAQF.

Pelbagai agenda penting telah dibincangkan sepnajang pertemuan ini antaranya peranan iWAQF untuk menyantuni Majlis Agama Islam Negeri sebagai pemegang amanah tunggal atau (Sole Trustee). Sehubungan itu, peranan majlis agama ini bversama i Waqf adalah untuk mengerakkan produk minyak masak tahfez (BWI). Seterusnya, WAZAN dapat melihat perbincangan yang dilaksanakan ini berpotensi tinggi dalam meningkatkan peranan wakaf.

Oleh yang demikian, Hospital wakaf kasih turut menjadi inti pati perbincangan agar hospital ini akan menjadi teras pembangunan wakaf dalam menjaga kemaslahatan ummah. Selain itu, agenda Umrah Rakyat dan Global Conference turut difokuskan oleh semua ahli dalam memastikan manfaat wakaf dapat diluaskan. Sehubungan itu, perbincangan ini telah mencapai objektif dengan pelbagai perkongsian idea dan pandanagn para ahli yang sememangnya pakar berkaitan wakaf.

Sejajar dengan itu, diharapkan perbincangan dan pertemuan seterusnya akan dapat dilaksanakan dan pelbagai agenda penting dapat diberi perhatian. WAZAN amat mengahrapkan wakaf akan dapat terus dilestarikan dan kegemilangan wakaf akan dapat direalisasikan sebagaimana pada zaman Rasulullah SAW. Semoga i WAQF akan terus berjaya dan menjadi tonggak penting pembangunan wakaf di Malaysia.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/03/2019 | Kemaskini: 25/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586518904