Insentif Ramadan 1441H: WAZAN Peroleh Tempat Pertama Kutipan Tertinggi Kategori Penolong Amil IPT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Insentif Ramadan 1441H: WAZAN Peroleh Tempat Pertama Kutipan Tertinggi Kategori Penolong Amil IPT

Insentif Ramadan 1441H: WAZAN Peroleh Tempat Pertama Kutipan Tertinggi Kategori Penolong Amil IPT

UPM Serdang, 17 Jun - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM telah memperoleh tempat pertama kutipan zakat dalam Insentif Ramadan 1441H kategori Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Islam Selangor anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

 

Kutipan ini yang melibatkan semua penolong-penolong amil IPT dan IPIS di Selangor ini telah dinilai sepanjang bulan Ramadan 1441H. Kutipan meliputi zakat harta dan zakat fitrah sepanjang tempoh tersebut.

 

UPM menerusi WAZAN telah memperoleh RM827,081.73 untuk memperoleh tempat pertama. Diikuti oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di tempat kedua dengan memperoleh RM309,769.05 dan RM291,993.44 oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) di tempat ketiga.

Tarikh Input: 29/06/2020 | Kemaskini: 14/07/2020 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETDAj~