Dr. Razali Othman Terima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) Dan Anugerah MASTI | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Dr. Razali Othman Terima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) Dan Anugerah MASTI

Dr. Razali Othman Terima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) Dan Anugerah MASTI

Oleh Nuruliman Ibrahim

Foto Nur Zila Zainuddin

 

Kuching, Sarawak, 19 Ogos -  Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Razali Othman menerima Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam (UA) 2018, anugerah yang diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada para pentadbir di 20 buah UA.

 

Selain telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, Anugerah ini juga diberikan kepada pentadbir yang berjaya mengetengahkan penemuan-penemuan baharu dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, penambahbaikan yang memberi impak yang tinggi kepada jabatan, universiti dan negara, dan telah menghasilkan kreativiti dan inovasi yang diiktiraf di pelbagai peringkat. Pemenang Anugerah ini juga dipilih daripada kalangan pentadbir yang menjadi pakar rujuk kepada universiti.

 

Dalam majlis yang sama, Dr. Razali juga turut menerima Anugerah Khas Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (UA) 2018 bagi menghargai dan mengiktiraf usaha serta komitmen beliau terhadap aktiviti serta program yang dijalankan oleh MASTI.

 

Dua Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), YBhg. Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di Majlis Anugerah Gemilang MASTI (MAGMA) 2018 di Dewan Utama, Hotel Waterfront, Kuching, Sarawak.

 

 

Katanya, beliau bersyukur atas kemenangan itu dan berterima kasih kepada Persatuan Pentadbir UPM yang mencalonkan serta menaja beliau memasuki anugerah berkenaan, meskipun sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengarah WAZAN.

 

“Kemenangan anugerah ini diharap menjadi pendorong kepada rakan-rakan Pegawai Tadbir di UA yang lain, dan UPM khususnya untuk berusaha gigih dalam setiap apa yang dilakukan termasuk dalam membantu meningkatkan institusi kepentadbiran di universiti. Jika kita bekerja keras, kita boleh melakukan yang terbaik, bukan sahaja untuk diri dan karier kita, tetapi juga untuk semua rakan pentadbir,” katanya.

 

Beliau menerima trofi, wang tunai dan sijil. – WAZAN Online

 

Tarikh Input: 07/10/2018 | Kemaskini: 07/10/2018 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1586521126