Delegasi Pelajar Bahasa Arab Terima Tajaan Ke Jordan Dari Sumber Zakat | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Delegasi Pelajar Bahasa Arab terima tajaan ke Jordan dari sumber Zakat

Delegasi Pelajar Bahasa Arab terima tajaan ke Jordan dari sumber Zakat

 

KLIA, 1 Feb - Pelajar-pelajar Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Putra Malaysia (KDBAUPM) berlepas ke Jordan di sini bagi mengikuti Putra Arabiy Mobility Programme bermula 2 Februari hingga 2 Mac 2020.

 

WAZAN telah menaja sebanyak RM17,000 kepada 17 orang pelajar KDBAUPM dengan peruntukkan sebanyak RM1,000 bagi setiap pelajar yang terdiri daripada pelajar Bachelor dan Master Sastera Bahasa Arab untuk mengikuti program ni menggunakan sumber Zakat.

 

Program mobiliti yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung selama satu bulan di Pusat Bahasa, Universiti Al al-Bayt di Mafraq, Jordan. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus Bahasa Arab di universiti tersebut disamping mempelajari budaya masyarakat Arab di sana.

 

Terdahulu, pelajar-pelajar terlibat tiba di perkarangan pintu masuk lapangan terbang bersama-sama keluarga, turut hadir En. Zuhaimi bin Abdul Rahim, Ketua Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf, WAZAN dan pensyarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

 

Tarikh Input: 03/02/2020 | Kemaskini: 03/02/2020 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdVAa~