DANA RAHMATAN LIL ALAMIN, WAKAF ILMU UPM SANTUNI PELAJAR DAN STAF BUKAN ISLAM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » DANA RAHMATAN LIL ALAMIN, WAKAF ILMU UPM SANTUNI PELAJAR DAN STAF BUKAN ISLAM

DANA RAHMATAN LIL ALAMIN, WAKAF ILMU UPM SANTUNI PELAJAR DAN STAF BUKAN ISLAM

DANA RAHMATAN LIL ALAMIN, WAKAF ILMU UPM SANTUNI PELAJAR DAN STAF BUKAN ISLAM
Oleh: Mohd Azrol Hafizi Azman
 
 
 
UPM Serdang – Warga Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bukan beragama Islam juga turut diberikan perhatian oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM melalui sumber peruntukan Agihan Manfaat Wakaf Dana Wakaf Ilmu UPM.
 
Dana ini diperuntukkan kepada para pelajar dan staf UPM dalam kalangan bukan beragama Islam yang mengalami masalah kewangan. Bagi pelajar, kebiasaannya keperluan untuk menampung kos keperluan pengajian mereka antaranya pembelian buku-buku rujukan, percetakan bahan pembelajaran, membayar pelan data mudah alih serta yuran pengajian dan penginapan semasa yang tertunggak.
 
Manakala, staf UPM pula kebiasaannya apabila menghadapi musibah bencana seperti banjir dan menghadapi masalah kewangan dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 untuk menampung kos pembelian barangan keperluan rumah dan pendidikan anak-anak mereka.
 
WAZAN komited memberikan bantuan kepada warga UPM yang bukan beragama Islam menerusi Bantuan Khas Rahmatan Lil Alamin dengan peruntukan Agihan Manfaat Dana Wakaf Ilmu UPM sebanyak RM40,000.00. Sehingga kini, seramai 37 orang pelajar UPM dan 19 orang staf UPM yang berkeperluan telah diagihkan melalui bantuan tersebut.
 
Inisiatif sebegini diwujudkan adalah sebagai salah satu usaha WAZAN untuk menyegerakan hasrat jariah para pewakaf yang menyumbang di WAZAN UPM menerusi Agihan Manfaat Dana Wakaf Ilmu UPM kepada warga universiti yang terdiri daripada pelajar dan staf UPM khususnya kepada mereka yang tidak layak menerima bantuan Zakat.
 
Jenis-jenis bantuan khas yang boleh dimohon oleh warga UPM antaranya bantuan keperluan runcit (sara diri), pendidikan, bencana, kursus dan latihan serta perubatan dengan kadar maksimum bantuan sebanyak RM500.00. Tambahan, sebagai usaha untuk menyuburkan keyakinan para pewakaf terhadap pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM menerusi aktiviti pendanaan serta pengagihannya yang efektif dan efisyen.
 
Tuntasnya, dengan adanya bantuan ini sememangnya dapat meringankan lagi beban dan kesempitan yang ditanggung mereka sepanjang pengajian atau perkhidmatan di kampus UPM.

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 09/04/2021 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdUAZ~