BIODELIMA + PERWEM Vs WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » BIODELIMA + PERWEM vs WAZAN

BIODELIMA + PERWEM vs WAZAN

 

 

UPM, 12 April 2019 – Menerajui potensi dan manfaat wakaf merupakan satu matlamat penting yang ingin dicapai oleh WAZAN. Oleh yang demikian, menyedari kepentingan sumber dana wakaf kepada kemajuan ummah maka WAZAN telah menjalinkan kerjasama yang erat secara komprehensif. WAZAN telah menerima kehadiran tetamu istimewa di pejabat WAZAN iaitu pasukan Biodelima dan pertubuhan Wanita Ekonomi Maju (PERWEM).

Matlamat utama, pertemuan ini adalah untuk membincangkan berkenaan projek yang boleh dilaksanakan WAZAN bersama kedua-dua badan ini untuk menjana pendapatan berasaskan wakaf. Kepakaran pihak biodelima boleh diaplikasikan untuk membangunkan projek perniagaan berpaksikan produk kesihatan berasaskan buah delima. Seterusnya, menjana manfaat daripada sumber wakaf. Selain itu, pengalaman PERWEM dalam pembangunan wanita dari aspek ekonomi juga dilihat sebagai satu wahana baik untuk memajukan dana wakaf.

Secara langsung, membantu kaum wanita ke arah yang lebih baik. Penglibatan wanita dalam projek wakaf mampu menjadi teras kemajuan kerana PERWEM mempunyai ahli jawatankuasa yang berkaliber dan berwawasan. Maka, WAZAN akan terus memberi komitmen yang tinggi bagi merealisasikan pelbagai projek wakaf yang telah dibincangkan dan diharapkan dapat dilaksanakan secara komprehensif dalam waktu yang terdekat.

Tarikh Input: 17/04/2019 | Kemaskini: 17/04/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdKAW~