Ambulans Dengan Fasiliti Canggih Jadi Milik UPM Dengan Hanya RM50 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » Ambulans dengan fasiliti canggih jadi milik UPM dengan hanya RM50

Ambulans dengan fasiliti canggih jadi milik UPM dengan hanya RM50

Oleh
WAZAN Online

 

Mengapa UPM perlukan ambulans baharu?

 

Cuba kita bayangkan sama-sama...

 

Kalau berlaku kemalangan dalam kawasan ladang atau pedalaman hutan.

Atau pun tiba-tiba berlaku bencana yang tidak pernah kita jangka.

 

Adakah bantuan ambulans boleh dihantar ke lokasi?

Berapa lamakah masa diambil untuk ambulans tiba di lokasi?

Adakah kelengkapan dan peralatan dalam ambulans memenuhi keperluan mangsa di lokasi?

 

Ambulans yang lengkap dengan peralatan canggih adalah kenderaan kecemasan yang amat diperlukan!!! 

 

...dan sesiapa sahaja yang menyelamatkan satu NYAWA manusia, adalah sama seperti dia telah memberi kehidupan kepada SELURUH manusia.” 

 (Surah al-Maidah: Ayat 32)

 

"Perkhidmatan AMBULANS adalah mengenai NYAWA dan KEHIDUPAN"

 

USTAZ NURULIMAN IBRAHIM
Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia


 

Bukankah PKU UPM sudah ada ambulans sendiri?

 
 

"Kenderaan ambulans yang sedia ada di PKU UPM sekarang telah berusia lebih 10 tahun dan memerlukan kos yang tinggi bagi tujuan penyelenggaraan".

 

Ambulans baharu yang lengkap dengan fasiliti terkini dan canggih adalah SANGAT PENTING dan AMAT DIPERLUKAN oleh PKU UPM dengan kadar  SEGERA bagi mempertingkatkan perkhidmatan PKU UPM dalam memenuhi keperluan masyarakat.

 

"Telah sampai masanya PKU UPM perlu memiliki sebuah ambulans baharu yang berkemampuan memenuhi pelbagai tujuan khususnya membantu mangsa di kawasan PEDALAMAN, kawasan BENCANA atau kawasan yang sukar dimasuki oleh ambulans biasa".

 

 
DR. HJH. FAUZIAH ADNAN
Ketua
Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Universiti Putra Malaysia

 

Bagaimana sebuah Ambulans baharu dengan fasiliti canggih yang berharga RM250,000 boleh jadi milik PKU UPM dengan hanya RM50?

 

UPM memiliki lebih daripada 180,000 warga yang merangkumi 5,000 orang staf, selain 150,000 orang alumni dan 25,000 orang pelajar.

 

Jika setiap warga UPM menyumbang hanya RM5 sekali pun, sejumlah RM900,000.00 pasti dapat dikumpulkan untuk keperluan PKU UPM.

 

Angka tersebut belum mengambil kira masyarakat sekitar UPM, syarikat-syarikat pembekal yang sering berurusan dengan UPM, di samping jaringan industri yang sedia ada. 

 

"Sehubungan itu, saya menyeru serta memohon SEMUA pihak untuk sama-sama menyumbang sebanyak RM50 bagi membantu PKU UPM miliki sebuah ambulans baharu".

Dengan menderma RM50 sahaja, kita telah memberi seribu harapan kepada mangsa;

Dengan sumbangan RM50 yang sama, kita telah membantu menyelamatkan nyawa mereka; dan

Dengan RM50 wakaf yang sama, ambulans baharu PKU UPM ini nanti akan berkekalan menjalankan perkhidmatannya selama-lamanya.

Inilah kelebihan WAKAF !!! 

 

DR. HJ. RAZALI OTHMAN
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

 

 

BERWAKAFLAH SEKARANG!

untuk Projek Khas Ambulans PKU UPM

 
 

1.   Klik SINI untuk ke gerbang mysadaqah.upm.edu.my 

yang akan menghubungkan anda dengan pelbagai institusi perbankan utama di Malaysia.
 
atau
 

2.   Klik SINI untuk ke cimbclicks.com.my

→Login   →Pay   →Bills 
→Select an account   →Enter Biller Name 
Wakaf Ilmu UPM 
 
atau
 

3.   Masukkan terus ke dalam Akaun UPM Dana Wakaf Ilmu

No. Akaun CIMB Islamik   

 8602-68-4995

 
 
  • NOTA: Untuk mendapatkan resit rasmi bagi tujuan pelepasan cukai, sila hantarkan slip atau imej transaksi sumbangan anda ke talian  
  010-631 4001

 

Tarikh Input: 17/11/2017 | Kemaskini: 07/07/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUNA2~