ZAKAT ATAS TALIAN: CABARAN BAHARU AMIL/PENOLONG AMIL INSTITUSI ZAKAT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » ZAKAT ATAS TALIAN: CABARAN BAHARU AMIL/PENOLONG AMIL INSTITUSI ZAKAT

ZAKAT ATAS TALIAN: CABARAN BAHARU AMIL/PENOLONG AMIL INSTITUSI ZAKAT

ZAKAT ATAS TALIAN: CABARAN BAHARU AMIL/PENOLONG AMIL INSTITUSI ZAKAT

 

Zakat sudah semestinya sinonim dengan pembayaran melalui kaedah bersemuka yang melibatkan pembayar zakat dan amil/penolong amil yang bertauliah di kaunter pungutan zakat. Bagi zakat fitrah pula, ia melibatkan amil-amil di masjid-masjid dan sekitar pasaraya sewaktu bulan Ramadan.

 

Namun oleh kerana penularan wabak COVID-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia telah menyebabkan banyak negara menjalankan perintah berkurung bagi mengurangkan penularan wabak bahaya ini.

 

Oleh itu, seluruh institusi kutipan zakat di seluruh negara mengambil pendekatan menjalankan kutipan zakat secara dalam talian (online) bagi zakat harta, perniagaan, zakat emas dan perak serta zakat fitrah sebagai norma baharu.

 

Hal ini disebabkan oleh sejak Mac 2020 yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan perkara biasa sebelum ini termasuk bersalam-salaman tidak lagi menjadi amalan selain perlu menutup mulut dan menggunakan 'hand sinitizer'.

 

Selain itu ianya bagi memastikan penjarakan fizikal antara langkah kekal prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan wabak berkenaan tidak merebak kepada orang ramai termasuk amil/penolong amil dan pembayar zakat.

 

Namun, apabila PKP ditamatkan pada Jun 2020 dan digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB), jumlah pembayar di kaunter jauh berkurangan berbanding sebelum ini berikutan mereka boleh membuat pembayaran secara online yang menjadi trend semua urusan ketika ini terutama sepanjang PKPB.

Tarikh Input: 31/01/2021 | Kemaskini: 31/01/2021 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
WXFbMAv~