Kesedaran Menunaikan Zakat Dalam Kalangan Peniaga Muslim | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » Kesedaran Menunaikan Zakat Dalam Kalangan Peniaga Muslim

Kesedaran Menunaikan Zakat Dalam Kalangan Peniaga Muslim

Salah satu kewajiban setiap muslim adalah mengeluarkan zakat yang termasuk salah satu dari lima rukun islam. Zakat mempunyai fungsi sebagai pembersih harta dan jiwa pemberinya.

Di dalam Al-quran banyak sekali ayat yang menyebutkan tentang wajibnya keutamaan dan wajibnya zakat. Seperti berikut ini:

Yang artinya : “Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui“ (QS. At-Taubah : 11)

 

Zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Kota Madinah. Kewajipan mengeluarkan zakat telah disebutkan secara jelas di dalam Al-Quran.Penetapan yang jelas ini membuktikan penghambaan diri kepada Allah SWT dengan menjalankan perintahnya serta dapat membersihkan dan menyucikan diri daripada dosa-dosa.

Secara umumnya, zakat hanya difahami oleh umum sebagai zakat fitrah sahaja iaitu mereka wajib membayar zakat sekali setahun dan sebelum hari raya. Sentimen dan fahaman ini yang amat mengusarkan kerana masyarakat kita masih tidak memahami jenis-jenis zakat yang wajib mereka keluarkan. Salah satu jenis zakat yang perlu difahami ialah zakat harta iaitu zakat perniagaan. Lembaga Zakat Selangor mentakrifkan zakat perniagaan sebagai zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, pembekalan, pertanian dan perkhidmatan atau sebagainya yang bertujuan untuk diniagakan.

Senario masyarakat umum di Malaysia khususnya kepada para peniaga hari ini dilihat kesedaran mereka masih berada di tahap sederhana. Hal ini kerana, masih ramai peniaga yang tidak memahami akan kewajipan mengeluarkan zakat daripada hasil perniagaan mereka. Dalam Islam dapat dilihat perniagaan merupakan satu galakkan yang diperintahkan oleh ALLAH swt sebagai pintu untuk mencari rezeki. Oleh itu, hari ini semakin ramai peniaga muslim yang berjaya.

Namun, sayang jika mereka masih lagi tidak mengetahui akan kewajipan ini ataupun seakan-akan tidak mempedulikan  kewajipan ini. Malahan ada segelintir peniaga lebih cenderung untuk menyalurkan sendiri zakat hasil perniagaan mereka kepada orang disekitar mereka berbnading membayar di pusat zakat. Namun, tanpa mereka sedari disinilah akan berlaku masalah apabila jumlah zakat yang dikeluarkan berkemungkinan besar tidak mencukupi dengan nilai zakat yang wajib ke atas mereka.

Selain itu, fatwa kebangsaan menjelaskan zakat tersebut hanya boleh diagihkan sendiri kepada keluarga atau kenalan dekat yang benar-benar susah hanya sebanyak 1/3 daripada jumlah zakat. Manakala, 2/3 perlu dibayar di pusat zakat kerana agihan tersebut perlu diberikan kepada beberapa lagi golongan asnaf lain demi menjaga keadilan kepada mereka. Allah SWT dengan jelas telah memperingatkan dalam surah al-Baqarah Ayat: 267 bahawa semua hasil usaha yang baik itu wajib dizakatkan.

Firman Allah s.w.t:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ۝٢٦٧

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Oleh yang demikian, Lembaga Zakat Selangor misalnya telah melaksanakan pelbagai usaha murni menerusi hebahan melalui radio, televisyen, media sosial, kempen kesedaran, kaunter khidmat pelanggan dan khutbah di masjid. Semua usaha ini merupakan langkah baik dalam memberi kesedaran kepada semua peniaga bahawa zakat perniagaan itu wajib ke atas mereka.

Di samping itu, pelantikan beberapa pusat zakat di institusi pengajian tinggi seperti WAZAN di Universiti Putra Malaysia akan terus dapat membantu masyarakat sekitar yang menjalankan perniagaan. Kerana, pusat zakat IPT boleh menjadi salah satu wahana untuk dirujuk oleh para peniaga dan membuat kiraan zakat mereka secara terus. Semoga seluruh peniaga muslim di negara ini akan mampu memupuk kesedaran bahawa setiap rezeki yang diperolehi haisl pernigaan yang dilakukan merupakan amanah Allah yang perlu diongsikan kepada yang memerlukan.

 

 

 

Tarikh Input: 19/03/2019 | Kemaskini: 19/03/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 8993/6156
+603 9769 2048
C1573983848