TUNAI ZAKAT HARTA DAN ZAKAT FITRAH DI PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK, UPM
UMAT Islam baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadan 1446H / 2025M. Bulan yang penuh rahmat dan penuh dengan keampunan. Setiap detik dalam bulan ini adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan. Pintu rahmat dibuka seluas-luasnya, doa diangkat, dan pahala dilipatgandakan.
Selain berpuasa, amalan yang paling digalakkan dalam bulan ini adalah berzakat dan bersedekah. Zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia juga penyucian harta dan jiwa. Dengan berzakat, kita bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga membuka pintu keberkatan dalam rezeki kita sendiri.
Oleh itu, Ayuh Berzakat! manfaatkan peluang ini untuk menunaikan zakat melalui WAZAN UPM. Bersama-sama kita ringankan beban mereka yang memerlukan dan raih ganjaran berlipat ganda di bulan mulia ini.
Firman Allah SWT:
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.”
(Surah At-Taubah: 103)
Date of Input: 31/03/2025 | Updated: 31/03/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING