SUMBANGAN WAKAF MENAIK TARAF SURAU AL MADRASAH MUFLIHAH, KUARTERS LADANG 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM dalam usaha untuk menaik taraf Surau Al Madrasah Muflihah, Kuarters Ladang 1 UPM yang melibatkan infrastruktur yang rosak dan uzur, menggantikan beberapa peralatan yang usang seperti karpet, alat pembesar suara, mengecat keseluruhan surau dan menaik taraf stor menyimpan peralatan di surau tersebut.
Penaiktarafan surau ini akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar amnya dan penghuni kuarters UPM khasnya kerana surau ini merupakan tempat sehenti serta tumpuan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas mengaji, kemudahan bermusyawarah dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.
Pihak kami mempelawa kepada semua warga UPM untuk sama-sama menyumbang untuk menaik taraf Surau Al Madrasah Muflihah, Kuarters Ladang 1 Universiti Putra Malaysia ini.
“Dari Anas RA, beliau berkata: Rasullullah SAW bersabda:
Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 30/04/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING