STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN. | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN.

STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN.

STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN
PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN.
 
Izatul Akmar Ismaila, Amin Che Ahmatb*, Muhammad Nasri Md Hussainc,
Abu Bakar Hamedd
 
acd Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah.
(izatul_akmar@yahoo.com)
b* Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus
Tapah, 35400 Tapah Road, Perak. (amin132@uitm.edu.my)
 
 
Abstrak
 
Era teknologi sentiasa berkembang pesat menjadikan kehidupan manusia bertambah pantas dan
cekap. Seiring dengan Relovusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang melibatkan Internet of Things (IOT)
atau Internet Kebendaan, institusi zakat wajar mengambil peluang ini sebagai salah satu medium
dalam memperbaiki taraf kehidupan asnaf. Maka, objektif kajian ini akan mengkaji medium
alternatif yang boleh digunakan oleh institusi zakat bagi membantu usahawan asnaf untuk
membantu meningkatkan prestasi jualan mereka ialah melalui strategi e-pemasaran. Peningkatan
jualan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi seterusnya mengeluarkan mereka dari
kategori asnaf dan menjadi pembayar zakat pada masa hadapan. Kajian berbentuk fenomenologi
ini menemubual tujuh orang usahawan asnaf berjaya di negeri Selangor. Kajian ini meneroka
penggunaan strategi e-pemasaran dalam transformasi pemasaran produk usahawan asnaf. Hasil
kajian mendapati antara strategi pemasaran yang digunakan adalah melalui medium online
seperti Facebook dan WhatsApp. Namun, terdapat pelbagai medium e-pemasaran lain yang perlu
diambil peluang oleh usahawan asnaf dan institusi zakat dalam memasarkan produk usahawan
asnaf. Hasil kajian mencadangankan medium e-pemasaran dapat dijadikan salah satu pemangkin
transformasi kejayaan usahawan asnaf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Kata kunci: E-Pemasaran, Usahawan Asnaf, Transformasi Zakat, Revolusi Industri 4.0.
 
 
Rujukan
 
Akmar, Izatul & Che Ahmat, Amin & Md Hussain, Muhammad Nasri & Hamed, Abu. (2019).
STRATEGI E-PEMASARAN DALAM TRANSFORMASI PEMASARAN PRODUK USAHAWAN ASNAF : SATU CADANGAN.

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 31/01/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdCAm~