REBUT GANJARAN PAHALA BERGANDA DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» ARTICLE » REBUT GANJARAN PAHALA BERGANDA DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

REBUT GANJARAN PAHALA BERGANDA DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

REBUT GANJARAN PAHALA BERGANDA DENGAN MENUNAIKAN ZAKAT PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN
Assalamualaikum wbt.
Ramadan tahun ini sudah sampai ke 10 malam terakhir. Menunaikan zakat dalam 10 malam terakhir bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah memberi peluang meraih keberkatan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Rasulullah SAW bersabda:
_”Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan”_ (Hadis Riwayat Tirmizi).
Zakat yang boleh ditunaikan dalam tempoh ini termasuk zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah wajib dibayar sebelum solat sunat Aidilfitri sebagai penyucian diri setelah menjalani ibadah puasa. Zakat harta pula meliputi zakat pendapatan, simpanan, perniagaan, dan emas, yang perlu ditunaikan sekiranya cukup nisab dan haul.
Allah SWT berfirman:
_”Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.”_ (Surah Al-Baqarah: 43)
Membayar zakat kini lebih mudah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak WAZAN UPM. Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal zakat UPM di http://billplz.com/zakatupm atau imbas Kod QR di poster. WAZAN juga membuka kaunter zakat (bersebelahan masjid UPM) TUJUH (7) hari seminggu bermula 22 - 30 Mac 2025.

Date of Input: 31/03/2025 | Updated: 31/03/2025 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
W, (01:19:49pm-01:24:49pm, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]