PROJEK WAKAF MUSALLA AL-FALAH @SUKAN UPM TELAH SIAP SEPENUHNYA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » PROJEK WAKAF MUSALLA AL-FALAH @SUKAN UPM TELAH SIAP SEPENUHNYA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM

PROJEK WAKAF MUSALLA AL-FALAH @SUKAN UPM TELAH SIAP SEPENUHNYA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM

PROJEK WAKAF MUSALLA AL-FALAH @SUKAN UPM TELAH SIAP SEPENUHNYA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM

 
Rabu, 27 April 2022 – Projek Wakaf Musalla Al Falah @Sukan UPM telah siap sepenuhnya. Penyerahan Bangunan Musalla Al-Falah @Sukan yang dibiayai oleh Dana Wakaf Ilmu UPM telah diadakan antara Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset (PPPA) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN).
 
Projek Wakaf Musalla Al-Falah @Sukan UPM bertujuan untuk membangunkan sebuah surau yang dapat dimanfaatkan kepada para atlet dan semua pengunjung di Akademi Sukan UPM dalam menunaikan kewajipan ibadah solat.
 
 
Surau ini dapat menampung lebih kurang 30 jemaah yang dilengkapi dengan ruang solat yang selesa, tempat wuduk, tandas dan bilik mandi.
Kos pembangunan yang mencecah hampir RM200,000.00 adalah hasil daripada sumbangan wakaf daripada pelbagai pihak termasuk warga UPM, kariah Serdang dan masyarakat luar.
 
 
--
 
Terima kasih kepada semua penyumbang dalam menjayakan Projek Wakaf Musalla Al-Falah @Sukan UPM.
Jom terus berwakaf di WAZAN!
 
Klik DISINI
 
https://wazan.upm.edu.my/mysadaqah-2995 - MySadaqah (Perbankan Atas Talian)
 
Atau;
 
https://wazan.upm.edu.my/ebarakah-3433 - eBARAKAH (Skim Potongan Gaji) Khas untuk Staf UPM
 
Atau;
 
Disalurkan terus ke dalam akaun:
CIMB Islamik (UPM Dana Wakaf Ilmu) No. Akaun: 8602-68-4995
*Whatsaap slip bayaran ke Hotline WAZAN : 010-7898566)

Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 30/04/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdXAN~