Perakaunan Untuk Aset Wakaf, Zakat Dan Baitulmal Oleh Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Kecekapan dan keberkesanan institusi agama dalam menzahirkan akauntabiliti kepada pihak berkepentingan semakin diberi perhatian dan dalam konteks Malaysia, wujud persoalan terhadap tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan institusi berlandaskan Islam seperti institusi yang mentadbir dan mengurus wakaf, zakat dan baitulmal (WZB).
 
Justeru satu kajian bagi melihat amalan semasa perakaunan oleh institusi agama amat diperlukan malah perlu disesuaikan dengan keperluan syariah bagi membolehkan institusi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menzahirkan akauntabilitinya kepada pihak berkepentingan secara optimal.
 
Di Malaysia, MAIN dan entiti yang diberikuasa oleh MAIN merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus harta WZB. Bagi memenuhi tuntutan syariah dalam amalan perakaunan MAIN (dan entiti yang diberikuasa oleh MAIN), satu kerangka kerja syariah sebagai landasan bagi penyediaan piawaian perakaunan bagi Institusi WZB. Kajian ini akan memfokuskan kepada satu cadangan kerangka kerja syariah untuk mengiktiraf dan seterusnya mengakaunkan aset WZB.
 
Kajian ini adalah signifikan berdasarkan dapatan kajian ini mendapati wujudnya beberapa aset MAIN terutamanya aset yang dijana daripada dana kumpulan wang zakat (KWZ) tetapi tidak diakaunkan dalam penyata kewangan tahunan MAIN. Kajian ini mencadangkan pengiktirafan terhadap aset WZB adalah penting dan adalah selari dengan kehendak syariah.
 
 
Rujukan: 
 
Wahid, Hairunnizam & Md Salleh, Mohd Fairuz & Ahmad, Azlina & Basnan, Norida & Harun, Azizah & Abdul Wahab, Ainol. (2018). Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah. 
 
Laman Web:
 
https://www.researchgate.net/publication/328136397_Perakaunan_untuk_Aset_Wakaf_Zakat_dan_Baitulmal_oleh_Majlis_Agama_Islam_Negeri_di_Malaysia_Satu_Cadangan_Kerangka_Kerja_Syariah

Date of Input: 14/02/2022 | Updated: 14/02/2022 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUFAA~