JOM BERWAKAF FASILITI: WAKAF FASILITI FAKULTI EKOLOGI MANUSIA, UPM
Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Fakulti Ekologi Manusia (FEM) mengajak semua untuk turut serta berwakaf untuk naik taraf fasiliti di Fakulti Ekologi Manusia (FEM) UPM.
Tujuan naik taraf fasiliti di Fakulti Ekologi Manusia (FEM) UPM ialah memfokus kepada menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada mahasiswa dan mahasiswi UPM.
Justeru, pihak kami mempelawa kepada semua untuk sama-sama menyumbang dalam Wakaf Fasiliti Fakulti Ekologi Manusia (FEM) UPM.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan, kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah”. (HR. At-Tirmidzi)
Disertakan poster dan kod QR bagi tujuan sumbangan wakaf anda. Sila kongsikan slip pembayaran wakaf anda untuk mendapatkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan potongan cukai pendapatan LHDN ke nombor WhatsApp: 03-97691816.
Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 30/04/2025 | rizal_helmi
MEDIA SHARING