JEMPUTAN BERWAKAF KE TABUNG WAKAF FASILITI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN) wazan
» ARTICLE » JEMPUTAN BERWAKAF KE TABUNG WAKAF FASILITI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

JEMPUTAN BERWAKAF KE TABUNG WAKAF FASILITI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

JEMPUTAN BERWAKAF KE TABUNG WAKAF FASILITI FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
 
Fakulti Pertanian UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM, dan Pusat Perhubungan Alumni UPM sedang berusaha mewujudkan bilik kuliah moden yang berintegrasi teknologi bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.
 
Inisiatif ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berimpak, inovatif, berdaya maju, dan mengikuti perkembangan teknologi semasa kepada mahasiswa UPM. 
 
Sehubungan itu, kami mempelawa seluruh warga UPM dan Alumni UPM untuk bersama-sama menyumbang dalam Projek Wakaf Fasiliti Fakulti Pertanian UPM.
 
Sumbangan anda akan menjadi pelaburan ilmu yang berterusan dan memberi manfaat kepada generasi pelajar kini serta akan datang.
 
Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Dana Wakaf Ilmu UPM bagi tujuan kutipan sumbangan Wakaf Fasiliti Fakulti Pertanian UPM yang sedang dilaksanakan - 
 
No Akaun : 8602-68-4995Nama
Akaun : UPM Dana Wakaf Ilmu
Nama Bank : CIMB Bank Islamic Berhad
Rujukan : Wakaf Fasiliti Fakulti Pertanian  
 
Allah SWT berfirman dalam al-Quran: "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Swt. Maha Mengetahui."
(Surah Ali Imran – Ayat 92) 
 
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap bilangan itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah: 261)
 
Untuk memudahkan sumbangan, kod QR disertakan bersama bahan ini. Setelah sumbangan dilakukan, sila kongsikan slip pembayaran bagi mendapatkan semula rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan potongan cukai pendapatan LHDN melalui WhatsApp: 03-9769 1816

Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 30/04/2025 | rizal_helmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND INFAQ (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155
+603 9769 2048
X, (02:47:17am-02:52:17am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]