Introduction | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» OUR SERVICES » FREESHOP WAZAN » Introduction

Introduction

NOTIS PENTING:

  • Pihak Freeshop WAZAN (FSW) pada masa ini tidak menerima sumbangan pakaian terpakai kerana terlalu banyak stok pakaian yang perlu diagihkan terlebih dahulu sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
  • Waktu perkhidmatan FSW untuk para pengunjung kini dihadkan dari jam 12 tengahari - 3.00 petang sahaja, manakala waktu perkhidmatan untuk penyumbang barangan masih kekal sama seperti waktu operasi Pejabat WAZAN iaitu dari 8.30 pagi - 4.30 petang.
  • Operasi FSW akan dihentikan sementara mulai 29 Disember 2017 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

 

_____________________________

 

FREESHOP WAZAN

 

Maaf, kandungan sedang diselenggara...

 

PENDAHULUAN

Tradisi berbakti  di bumi UPM telah tumbuh mekar sejak sekian lama, yang merangkumi seluruh bidang utama dan aktiviti teras universiti, seperti pendidikan dan penyelidikankhidmat sosial dan kesukarelawan; sama ada dengan mendermakan wang dan harta; menyumbangkan ideamasa serta tenaga; berkongsi ilmu pengetahuan serta kepakaran; dan sebagainya.

Budaya “Berilmu Berbakti” di UPM telah disuburkan lagi dengan beberapa instrumen kedermawanan (filantropi) menerusi sektor pendanaan berasaskan sumbangan seperti derma, hadiah, sedekah, zakat, wakaf dan lain-lain lagi.

Penubuhan Freeshop merupakan kesinambungan dan penyeri tambahan dalam memperkasa budaya berbakti yang bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, bahkan yang lebih penting lagi adalah tuntutan keimanan selaku khalifah dalam mentadbir dan memakmurkan amanah Allah SWT.

 

LATAR BELAKANG

Freeshop ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2015 (Rabu) bersamaan 14 Ramadan 1436H sebagai aktiviti sokongan kepada perkhidmatan utama zakat, wakaf, derma dan endowmen yang pada masa tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen (BZWE) Pejabat Bursar UPM.

Fungsi utama Freeshop adalah untuk menerima apa sahaja sumbangan barangan baharu atau terpakai daripada sesiapa sahaja, untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Tiada sebarang bayaran atau caj yang dikenakan. Segalanya percuma dan secara sukarela.

Pada 1 Oktober 2016Freeshop telah dijenamakan semula sebagai Freeshop WAZAN (FSW) selaras dengan penguatkuasaan penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM di bawah portfolio Pejabat Naib Canselor UPM.

 

OBJEKTIF

Di antara matlamat utama FSW adalah untuk:–

  • Menjadi satu pusat sehenti yang berperanan sebagai penganjur utama, pengantara serta pemudahcara  kepada amalan berbakti dan kesukarelawan dalam UPM;
  • Menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyumbang apa sahaja yang bermanfaat dalam melaksanakan amal kebajikan; dan
  • Membantu golongan sasaran secara tersusun dan berkesan dalam memenuhi setiap keperluan mereka.

 

SUKARELAWAN FREESHOP WAZAN 

Pada peringkat awal, sumbangan yang diterima lebih banyak dalam bentuk pakaian dan bahan bacaan. Dalam masa yang singkat, Freeshop mula menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk lain seperti kasut dan beg; pelbagai keperluan bayi dan keperluan persekolahanalat tulismakanan kering seperti mee segera, roti dan biskut; permainan kanak-kanak dan bermacam-macam lagi; selain menerima sumbangan alat bantu pesakit seperti kerusi roda, tongkat dan tandas mudah alih untuk pesakit lumpuh, peralatan elektrikelektronik dan perabot; di samping sumbangan barangan dapur dan sumbangan wang tunai.

Banyak barangan yang telah bertukar tangan dan banyak juga barangan yang tidak sempat disusun pamer, manakala kunjungan orang ramai khususnya para pelajar, staf dan masyarakat sekitar untuk mendapatkan keperluan mereka juga terus meningkat.

Updated:: 25/10/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

SEE ALSO
CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1516431850