Berserta Panduan Waqaf Ibtida' | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» OUR PRODUCTS » Mushaf al-Quran » Berserta Panduan Waqaf Ibtida'

Berserta Panduan Waqaf Ibtida'

903 

 

Al-Quran Berserta Panduan Waqaf Ibtida’

 

Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan.

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saiz: 21.4 cm X 29.2 cm

Cetakan: 4 Warna - Hitam, Merah, Hijau, Biru

Mukasurat: 641 ms

Mula berada di pasaran: Julai 2012

 

Harga: RM75.00

902

Al-Quran al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Al-Quran al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran.

Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Sangat sesuai digunakan untuk bertadarus kerana al-Quran ini mempunyai tanda wakaf dan ibtida'.

 

Apa yang menarik dalam al-Quran ini sehingga menjadi yang pertama di dunia?

 

Al-Quran ini memberi penekanan kepada pendekatan terbaik yang difikirkan dengan memberi warna kepada ayat yang sesuai untuk berhenti membaca dan ayat sesuai memulakan semula bacaan.

Warna merah menunjukkan boleh berhenti pada akhir ayat dan memulakan bacaan pada awal ayat berwarna merah.

Warna hijau adalah perhentian kedua dan bagi yang nafas panjang boleh berhenti pada akhir perkataan berwarna hijau, memulakan bacaan pada awal perkataan berwarna hijau.

Warna biru pula, boleh berhenti pada akhir perkataan berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya. Ketiga-tiga warna itu menjadi petunjuk kepada pembaca supaya memberhentikan bacaan di tempat yang betul.

 

904

 

Updated:: 28/10/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1516488918