WAZAN Terus Komited Capai Misi 2019 | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Terus Komited Capai Misi 2019

WAZAN Terus Komited Capai Misi 2019

UPM, 16 April 2019 – Pemantapan kerjasama WAZAN bersama pelbagai pihak luar terus dikukuhkan menerusi beberapa pertemuan yang telah berlangsung. WAZAN yang diwakili oleh Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah WAZAN telah bermesyuarat bersama tiga entitI penting dalam pembangunan dana wakaf iaitu pertama pertemuan bersama pasukan i-Waqf yang bertempat di bilik mesyuarat WAZAN.

Kehadiran beberapa orang wakil i-Waqf telah membolehkan pelbagai perkara penting berkaitan program pembangunan wakaf telah dibincangkan. Sememangnya i-Waqf merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang amat komited dalam memacu peranan wakaf menerusi sumbangan organisasi besar dan kecil. Di samping itu, meningkatkan penglibatan pewakaf dalam kalangan masyarakat. Dr. Haji Razali Othman yang juga menjawat jawatan sebagai timbalan presiden i-Waqf akan terus meletakkan WAZAN sebagai rakan strategik terbaik.

Seterusnya, WAZAN akan terus membantu badan ini untuk melaksanakan langkah- langkah pembudayaan wakaf dalam kalangan masyarakat umum khususnya syarikat tempatan di Malaysia dan luar negara. Setersunya, WAZAN turut melaksanakan pertemuan bersama wakil PERWEM/BIODELIMA dan MHDS bagi membincangkan projek wakaf yang boleh dilaksanakan dan bagaimana wakaf mampu menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam kesempatan sama, pengarah WAZAN turut berkesempatan bertemu dengan wakil Bank Wakaf International dalam kerangka perbincangan akan peranan wakaf dalam membangunkan sistem kewangan Islam dalam perbankan. Secara langsung, ketiga-tiga pertemuan ini memberikan impak dan input penting kepada WAZAN. Diharapkan WAZAN bersama semua pihak yang terlibat akan terus memajukan dana wakaf bukan sahaja sebagai penjana sumber pembiayaan tetapi menjadi teras dalam merealisasikan misi murni WAZAN bagi tahun 2019.

 

Date of Input: 17/04/2019 | Updated: 17/04/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDcRAR~