WAZAN Help Hulu Selangor District Council (MDHS) Build Waqf And Endowments | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Help Hulu Selangor District Council (MDHS) Build Waqf and Endowments

WAZAN Help Hulu Selangor District Council (MDHS) Build Waqf and Endowments

 

Kuala Lumpur, 12 Februari 2019 - Bertempat di Hotel Premiera Dr. Haji Razali Othman, Pengarah WAZAN UPM telah menjalankan sesi taklimat dan perkongsian bersama ahli jawatankuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS). Pertemuan ini merupakan inisiatif yang digembleng oleh WAZAN bagi membantu MHDS untuk membangunkan dana wakaf dan endowmen khususnya kepada masyarakat di Hulu Selangor. Segala perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan amatlah penting. Hal ini mendorong MHDS untuk mencapai matlamat murni mereka untuk menjadikan sumber dana wakaf dan endowmen sebagai sumber pembiayaan pembangunan komuniti. Tindakan susulan yang bakal dilaksanakan adalah pemeteraian MOU antara WAZAN-MHDS agar dapat menarik minat lebih banyak institusi khususnya MD dan MP untuk bergiat aktif dalam pengurusan wakaf dan endowmen.

Sehubungan dengan itu, WAZAN amat berharap MHDS akan terus mengorak langkah yang lebih besar pada masa akan datang. WAZAN akan sedia membantu pihak MHDS untuk memacu wakaf dan endowmen yang mantap dan cemerlang. Besar harapan pihak WAZAN melihat MHDS berdiri teguh sebagai institusi pengurusan dana wakaf yang berjaya dan terus komited menjalankan tugas dan tangungjawab.

 

 

Date of Input: 13/02/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdVAV~