WAZAN Di FPSK UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN di FPSK UPM

WAZAN di FPSK UPM

 

UPM, 4 April 2019 – Kerjasama WAZAN bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) terus diperkukuhkan dengan kesudian pihak WAZAN untuk membantu sumber dana  pelajar di FPSK . Sememangnya kos pengajian para pelajar FPSK amat tinggi dan di sinilah akan muncul masalah dari aspek kewangan khususnya kepada pelajar B40. Oleh yang demikian, WAZAN dan FPSK telah menjalankan perbincangan bersama untuk mengetahui jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pelajar FPSK.

Tidak hanya tertumpu kepada bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan. Tetapi, WAZAN juga bersetuju untuk menyediakan bantuan peralatan pengajaran seperti buku, peralatan makmal, stetoskop dan hammer menerusi dana wakaf dan zakat. Selain itu, dana khusus iaitu dana wakaf makmal untuk penganjuran pelbagai program pelajar FPSK juga akan dibangunkan bagi memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran pelajar dan pensyarah FPSK. Besar harapan WAZAN semoga bantuan melalui dana wakaf dan zakat UPM akan membantu paa pelajar di Fakulti ini bagi melahirkan para pelajar asnaf yang cemerlang dan berbakti semula kepada WAZAN dan UPM.

Date of Input: 08/04/2019 | Updated: 08/04/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdSAs~