WAZAN Accepts Special Guests From The Islamic Studies College Of Johor (MARSAH) | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » WAZAN Accepts Special Guests From The Islamic Studies College of Johor (MARSAH)

WAZAN Accepts Special Guests From The Islamic Studies College of Johor (MARSAH)

 

 

 

Image may contain: 3 people, including Razali Othman, people smiling, people standing

 

UPM, 7 FEBRUARI 2019- Lawatan Kolej Pengajian Islam Johor ke pejabat WAZAN merupakan satu lagi langkah baik dalam membentuk kerjasama baik antara WAZAN dengan institusi pendidikan yang lain. Delegasi Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg Prof. Abdul Ghafar Ismail, CEO, pendaftar, penolong pengarah MAIJ dan pegawai tadbir MARSAH. Pertemuan ini telah dapat menjadi wadah terbaik untuk WAZAN saling berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan program dan kempen yang telah dilaksanakan oleh WAZAN. Antara aspek yang dibincangkan ialah pengenalan pelbagai projek wakaf seperti biasiswa dan bantuan dana penyelidikan kepada pelajar master dan phd. Selain itu, pelaksanaan sistem zakat terbaru iaitu melalui e-barakah turut dikongsikan oleh WAZAN.

Sekaligus, kerjasama ini akan berjaya meningkatkan pengetahuan berkaitan pemerkasaan pengurusan wakaf dan zakat bersama Kolej Pengajian Islam Johor. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membantu MARSAH memperolehi input berkenaan kaedah pembangunan wakaf dan zakat yang sistematik dan baik. Sehubungan dengan itu, WAZAN dengan tekad dan komitmen yang tinggi akan terus membantu usaha murni MARSAH dalam memantapkan lagi pengurusan dana wakaf dan zakat. WAZAN yakin dan percaya sumber wakaf dan zakat merupakan sumber pembiayaan yang penting bagi pembangunan pendidikan dan masyarakat.

 

 

 

 

 

Date of Input: 07/02/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZEAg~