UTP Delegate Recognizes WAZAN As A Benchmark | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » UTP Delegate Recognizes WAZAN as a Benchmark

UTP Delegate Recognizes WAZAN as a Benchmark

UPM, 8 Januari 2019- WAZAN telah menerima lawatan delegasi dari  Tabung Amanah Zakat UTP atau lebih dikenali sebagai TAZU. Kehadiran pihak TAZU disambut dengan baik oleh Dr. Haji Razali Othman bersama Ustaz Zuhaimi. Delegasi UTP ini diketuai oleh Tuan Haji M. Noor Rosli Baharom selaku ketua tabung amanah zakat UTP bersama beberapa wakil TAZU. Pertemuan antara kedua-dua pihak amatlah penting dalam mengeratkan lagi usaha sama bagi memangkin dan memacu pembangunan dana wakaf dan zakat.

Pelbagai perkongsian idea dan pengalaman telah berjaya dibincangkan sepanjang mesyuarat diadakan. Pihak TAZU telah memberikan penerangan berkaitan projek tabung amanah zakat dan agihan dana ini kepada seluruh pelajar di UTP. Di samping itu, setiap wakil mereka turut memberikan buah fikir dan pandangan berkaitan yayasan zakat UTP yang dilaksanakan di universiti dalam menjana pelajar asnaf yang cemerlang.

Dalam pada masa yang sama, WAZAN turut memberikan perkongsian tentang pelbagai program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 dan perancangan 2019. Antara aspek perbincangan ialah jenis-jenis bantuan dana wakaf dan zakat yang telah diagihkan kepada pelajar dan staf UPM. Bantuan ini merangkumi bantuan sara diri,  biasiswa wakaf, dan bantuan dana penyelidikan. Secara langsung, pertemuan ini menjadi titik tolak dalam memastikan UPM dan UTP khususnya mampu menjadi universiti yang mapan dalam aspek pengurusan sumber dana wakaf dan zakat yang sistematik dan menyeluruh.

Selain itu, pihak TAZU juga telah menjadikan WAZAN sebagai penanda aras bagi mereka. Oleh itu, TAZU berhasrat  untuk mempertingkatkan lagi usaha dan strategi bagi memastikan matlamat murni UTP dalam membantu para pelajar asnaf universiti akan tercapai. Pihak WAZAN juga dengan berbesar hati sedia membantu pihak TAZU dari segi penyampaian idea, ilmu pengetahuan dan penglibatan dalam program pembangunan tabung zakat UTP.

Date of Input: 17/01/2019 | Updated: 04/03/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEUBAw~