Projek Wakaf Suara Bantu Golongan OKU Penglihatan | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Projek Wakaf Suara bantu golongan OKU penglihatan

Projek Wakaf Suara bantu golongan OKU penglihatan

Oleh Nuruliman Ibrahim

 

 

SERDANG, 14 November - WAZAN dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer UPM komited membangunkan aplikasi WAKAF SUARA. Aplikasi WAKAF SUARA yang dibangunkan dengan menggunakan telefon pintar dijangka dapat membantu pelajar2 cacat penglihatan dalam pengajian mereka di UPM.

Sesi ujipakai aplikasi WAKAF PINTAR tersebut dengan pelajar cacat penglihatan sebenar telah dijalankan siang tadi untuk melihat keberkesanan fungsinya. Beberapa penambahbaikan akan dibuat berdasarkan pandangan pelajar berkenaan. Perbincangan dengan Persatuan Orang Buta Islam Malaysia akan turut dibuat sedikit masa lagi bagi memastikan aplikasi berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu pelajar2 cacat penglihatan. WAZAN juga akan membiayai pembelian perisian JAWS menggunakan dana wakaf yang akan di tempatkan di perpustakaan UPM untuk kegunaan pelajar2 cacat penglihatan.

Semuga usaha WAZAN yang sedikit ini dapat membantu pelajar2 cacat penglihatan menerusi pembangunan Aplikasi WAKAF SUARA. Dalam waktu yang sama, tanggungjawab WAZAN memperkasakan wakaf sebagai sumber pembiayaan ummah dapat direalisasikan, In Shaa Allah.

sedang dikemaskini...

. - WAZAN Online

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Updated:: 15/11/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1534592814