Program Sembang Santai Ilmu Bersama Ustaz Ebit Lew | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Program Sembang Santai Ilmu bersama Ustaz Ebit Lew

Program Sembang Santai Ilmu bersama Ustaz Ebit Lew

UPM, 26 Disember 2018 – Bersempena sambutan Bulan Wakaf dan Zakat yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia, pelbagai aktiviti telah diadakan.

Antara program menarik adalah Program Sembang Santai Ilmu Bersama Ustaz Ebit Lew yang bertempat di Dewan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia.

Dalam program tersebut, Ustaz Ebit Lew telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Mencari Bahagia”.

Selain itu, dalam majlis ini juga berlangsungnya penyampaian insentif kecemerlangan Asnaf kelas pertama kepada mahasiswa yang sedang menuntut di Universsiti Putra Malaysia.

Seramai 150 orang terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Putra Malaysia serta orang awam.

 

Date of Input: 28/12/2018 | Updated: 28/12/2018 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEZRA5~