Perutusan Pengarah WAZAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » Perutusan Pengarah WAZAN

Perutusan Pengarah WAZAN

UPM, 12 Mac 2019 – Bertempat di Dewan Taklimat Serdang, telah berlangsung majlis perutusan pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Dr. Haji Razali Othman. Majlis perutusan pengarah WAZAN  tahun 2019 diserikan lagi dengan kehadiran wakil Lembaga Zakat Selangor dan para pelajar asnaf UPM.  Majlis perutusan kali ini merupakan satu ruang yang baik kepada pengarah WAZAN untuk menyampaikan amanat dan harapan besar WAZAN dalam melestarikan budaya berwakaf dan berzakat di UPM. Dr Haji Razali Othman telah memberikan penjelasan akan arah tuju WAZAN bagi memacu dana wakaf dan zakat di kampus hijau ini. Hala Tuju WAZAN 2016-2025 (WARM’25) meletakkan tahun 2019 sebagai tahun yang mencabar iaitu fasa II atau dikenali fasa pertumbuhan.

 

Pengarah WAZAN telah memberikan  perkongsian berkaitan latar belakang WAZAN yang telah mula ditubuhkan secara rasmi pada oktober 2016. Tahun ini merupakan tahun mencabar bagi WAZAN dalam memastikan pembangunan sumber dana wakaf dan zakat dapat diagihkan secara holistik. Pada majlis kali ini, Dr. Haji Razali Othman turut berbicara berkaitan jenis program yang telah dan bakal dilaksanakan oleh WAZAN  di UPM khususnya melibatkan pelajar asnaf terpilih.

Pengarah WAZAN mengalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dengan program pembangunan asnaf UPM kerana WAZAN memainkan peranan penting dalam memacu bakat kepimpinan dan penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar asnaf. Majlis perutusan ini menjadi lebih bermakna dengan kesudian WAZAN menjalankan majlis Penyampaian bantuan berupa makanan dan kewangan kepada para pelajar asnaf yang telah dipilih.  

Oleh itu, Dr. Haji Razali Othman meletakkan harapan yang tinggi kepada semua staf UPM agar terus berbakti kepada semua golongan asnaf memerlukan khususnya pelajar asnaf UPM dengan berzakat dan berwakaf di WAZAN. Manakala, kepada para penerima sumbangan pengarah WAZAN mengharapkan mereka semua akan mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik dan bergraduat dengan kelas pertama. Akhirnya, mereka mampu berbakti semula kepada keluarga, agama dan universiti. WAZAN dengan kepimpinan Dr. Haji Razali Othman selaku pengarah akan terus komited membantu universiti dan pelajar asnaf dengan kerjasama semua staf WAZAN akan terus digembleng secara proaktif.

Date of Input: 08/04/2019 | Updated: 29/05/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXDdHAH~