KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN

KARPET WAKAF TELAH MULA DIMANFAATKAN

 

UPM, 7 MEI 2019- Antara uslub bagi mengimarahkan masjid UPM adalah dengan kejayaan Dana Wakaf Ilmu yang membiayai karpet baharu bernilai hampir mencecah RM 1 Juta. Proses pemasangan karpet ini telah bermula pada 29 April dan dijangka siap pada 10 Mei. Projek ini merupakan salah satu dana wakaf yang telah diusahakan oleh WAZAN iaitu Dana Wakaf Fasiliti Masjid.

Di samping itu, sumber wakaf turut dimanfaatkan dengan pemasangan empat kipas gergasi di masjid UPM. WAZAN yakin dan percaya dengan adanya sokongan daripada para staf UPM dan masyarakat setempat pasti akan membantu WAZAN dalam merialisasikan pemasangan PA sistem yang baharu dan lebih moden. Dr. Razali Othman selaku pengarah WAZAN menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pemasangan karpet baharu dan berharap para jemaah akan lebih selesa beribadah dan beriktiqaf di Masjid UPM.

Date of Input: 07/05/2019 | Updated: 07/05/2019 | m.jazmi

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXETKA1~