JAWHAR Dan WAZAN Bakal Terbitkan Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» NEWS » JAWHAR dan WAZAN bakal terbitkan buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan

JAWHAR dan WAZAN bakal terbitkan buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan

Oleh Sabariah Nik
Foto Ahmad Hafiz Abd Kadir dan Muhammad Adib Hassan

 

 
 

TAIPING, 9 November - Bagi memenuhi keperluan serta permintaan pelbagai institusi pendidikan dalam menguruskan hal ehwal wakaf di institusi masing-masing, sebuah buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan akan diterbitkan bersama oleh Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) dengan kerjasama dan penyelarasan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia.

En. Hairol Anuar Muhammad, Ketua Bahagian Wakaf JAWHAR berkata, pihaknya melantik 36 orang ahli pelbagai latar belakang dan kepakaran yang terdiri dalam kalangan pengurus wakaf, pegawai akademik dan beberapa perunding daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan lain-lain ejensi berkaitan bagi menjayakan setiap siri Bengkel yang dianjurkan.

Menurut Ketua Penyelaras Bengkel, Ustaz Nuruliman Ibrahim, buku Panduan tersebut telah melalui tiga siri bengkel bermula dengan Bengkel Penyediaan pada 4 - 7 Julai 2017 di INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman, diikuti Bengkel Pemurnian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pada 23 - 25 Ogos 2017 di Traders Hotel Muar dan seterusnya Bengkel Semakan pada 6 - 9 November 2017 di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping.

Beliau yang juga merupakan Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu (WAZAN, UPM) menambah, buku Panduan tersebut merangkumi  sebelas bab yang menyentuh semua aspek pengurusan wakaf bermula dengan bab huraian wakaf; langkah-langkah penubuhan wakaf; pengurusan pemasaran; pengurusan wakaf tunai, harta tanah wakaf dan lain-lain harta wakaf; pengurusan dan pengagihan manfaat wakaf; perakaunan dan pelaporan; hinggalah kepada bab pengauditan dan penyahiktirafan harta wakaf.

Pengarah WAZAN, Dr. Hj. Razali Othman pula berkata, buku panduan ini disusun menggunakan bahasa yang mudah dengan huraian yang lengkap serta ringkas, agar sesuai dijadikan rujukan oleh semua pengurus atau bakal pengurus entiti wakaf di setiap peringkat institusi pendidikan, sama ada pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah, institusi pondok dan tahfiz, sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Hj. Ahmad Musadad Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dalam majlis perasmian penutup Bengkel semakan buku Panduan tersebut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat. Tambahnya lagi “Dengan terbitnya buku Panduan ini diharap dapat memperkasa pengetahuan dan kepakaran para pengurus wakaf yang secara langsung akan turut memberi manfaat kepada seluruh umat, khususnya dalam mempertingkatkan kualiti tadbir urus wakaf di semua institusi pendidikan".

"Saya juga sangat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan pandangan dalam menjayakan usaha ini.  Semoga Allah SWT menganugerahkan ganjaran terbaik di dunia dan di akhirat" doa beliau di akhir ucapan. - WAZAN Online

 

Bengkel Semakan pada 6 - 9 November 2017

di The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping 

 
Duduk dari kiri: Cik Zarinah Ibrahim (JAWHAR), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), Dr. Hj. Razali Othman (WAZAN, UPM), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM). Berdiri dari kiri: Sdri. Norafiqah Senit (IPB), Pn.Yulia (MAIP), Dr. Muhammad Abdul Nasir (UPSI), En. Wan Dhaiuddin (KUIPs), Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz (UKM), Us. Muhammad Adib Hassan (UniMAP), En. Ahmad Hafiz Abd Kadir (JAWHAR), Sdri. Nik Khairul Izzati Muhammad Faris (IPB).
 

Bengkel Pemurnian pada 23 - 25 Ogos 2017

di Traders Hotel, Muar 

 
Duduk dari kiri: Dr. Rohayu Abdul Ghani (UKM), Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood (UM), Hj. Yosree Hj. Ikhsan (MAIJ), Hj Jaafar Ismail (JAWHAR), Dr. Hj. Razali Othman (WAZAN, UPM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM), Cik Zarina Ibrahim (JAWHAR). Berdiri dari kiri: Dr. Hj. Ridzwan Bakar (MMU), Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim (KUPTM), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Prof. Dr. Wan Mokhtar Wan Yusoff (UKM), En. Asharaf Mohd Ramli (USIM), Prof. Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff (UTHM), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), Hj. Mohiddin (JKPTG), En. ... (...), En. Mohd Faizal Ab Hamid (JAWHAR), Hj. Azzerol Effendi Abdul Kadir (PWNS-MAINS), En. ... (...).
 

Bengkel Penyediaan pada 4 - 7 Julai 2017

di INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman 

 
Barisan hadapan dari kiri: Cik Zarina Ibrahim (JAWHAR), Pn. Rozita (KPT), Prof. Madya Dr. Fuadah Johari (USIM). Barisan tengah dari kiriEn. ... (...), Hj. Yosree Hj. Ikhsan (MAIJ), Prof. Dr. Yusoff Taib (KUPTM), Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (UniSZA), Prof. Dr. Ismail Omar (UTHM), En. Ruzman Ramli (JAWHAR), Prof. Dato' Mohd Nasir Saludin (KUPTM), En. ... (...), En. Ahmad Hafiz Abd Kadir (JAWHAR). Barisan belakang dari kiri: Hj. Mohiddin (JKPTG), En. Asharaf Mohd Ramli (USIM), Us. Nuruliman Ibrahim (WAZAN, UPM), En. ... (...)En. ... (...)En. ... (...), En. Muhammad Arif Ihtifazuddin (UIM), En. Mohd Zul Fadlain Abdullah (UIM).
 

PROSES PELAKSANAAN PEMBUKUAN

PANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Perbincangan pelaksanaan pembukuan Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan  pada 21 April 2017 di WAZAN UPM.
 
  • Mesyuarat Pra-BengkeI Penyediaan pada 15 Jun 2017 di JAWHAR.
 
  • Bengkel Penyediaan pada 4 - 7 Julai 2017 di INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman.
 
  • Diskusi Pasca-Bengkel Penyediaan pada 4 Ogos 2017 di JAWHAR.
 
  • Diskusi Pra-Bengkel Pemurnian pada 15 Ogos 2017 di JAWHAR.
 
  • Bengkel Pemurnian pada 23 - 25 Ogos 2017 di Traders Hotel, Muar.
 
  • Diskusi Pasca-Bengkel Pemurnian 28 September 2017 di JAWHAR.
 
  • Bengkel Semakan pada 6 - 9 November 2017 di The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping.
 
  • Diskusi Pasca-Bengkel Semakan pada 12 Disember 2017 di Golf UPM.
 

SUSUNAN BAB DAN TOPIK

BUKU PANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN

BAB 1 : PENDAHULUAN
BAB 2 : WAKAF DAN HURAIANNYA
BAB 3 : PENUBUHAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN
BAB 4 : TADBIR URUS WAKAF
BAB 5 : PEMASARAN WAKAF
BAB 6 : PENGURUSAN WAKAF TUNAI
BAB 7 : PENGURUSAN WAKAF HARTA TANAH DAN HARTA LAIN
BAB 8 : PENGURUSAN DAN PENGAGIHAN MANFAAT WAKAF
BAB 9 : PERAKAUNAN DAN PELAPORAN WAKAF
BAB10 : PENGAUDITAN ASET WAKAF
BAB 11 : PENUTUP
 

AHLI JAWATANKUASA PEMBUKUAN

PANDUAN PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN

 

FASILITATOR
 
Ketua Fasilitator
Dr. Hj. Razali Othman
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
Fasilitator I
Us. Nuruliman Ibrahim
Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
Fasilitator II
Prof. Dr. Ismail Omar
Jabatan Pengurusan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
Fasilitator III
Dr. Hj. Ridzwan Bakar
Bendahari
Yayasan Universiti Multimedia (YUM)
 
Fasilitator IV 
Prof. Dr. Yusoff Taib
Dekan
...
Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
 
Fasilitator V
Prof. Madya Dr. Fuadah Johari
Penyelaras Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
 
 
PENYELARAS
 
Ketua Penyelaras
Us. Nuruliman Ibrahim
Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
Penyelaras I
En. Hairol Anuar Mohamad
Pengarah Bahagian Wakaf
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
En. Ruzman Ramli
(Mantan) Pengarah Bahagian Wakaf
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
Penyelaras II
Cik Zarina Ibrahim
Bahagian Wakaf
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
Penyelaras III
En. Ahmad Hafiz Abd Kadir
Bahagian Wakaf
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
Penyelaras IV
Pn. Sabariah Nik
Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
 
Penyelaras V
En. Mohd Fazarul Mohd Safain
Bahagian Wakaf
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
 
 
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN)
 
Hj. Azzerol Effendi Abdul Kadir
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
 
Hj. Yosree Hj. Ikhsan
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Zakat, Mal dan Wakaf
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
 
Ir. Abdul Karim Mohamed @ Ismail
Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
En. Muhammad Lutfi Hilmi Takiuddin
Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
En. Muhammad Azrul
Bahagian Baitul Mal
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
En. Muhammad Ridzuan
Unit Wakaf
Seksyen Pembangunan Harta
Bahagian Pengurusan Mal
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Trengganu (MAIDAM)
 
Pn.Yulia
Unit Pengurusan Wakaf
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal dan Wakaf
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
 
 
 
 
UNIVERSITI AWAM (UA)
 
Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood
Pengarah UM Awqaf
Universiti Malaya (UM)
 
Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Md Salleh
Timbalan Pengarah
Yayasan Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan
(UniSZA)
 
Prof. Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff
Pusat Endowmen dan Wakaf
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif
(UPSI)
 
Dr. Sufian
...
Universiti Malaya (UM)
 
En. Asharaf Mohd Ramli
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
Us. Muhammad Adib Hassan
(UniMAP)
 
 
 
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
 
Prof. Dr. Abdul Razak Ibrahim
Naib Canselor
Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
 
Prof. Dato' Dr. Mohd Nasir Saludin
Timbalan Naib Canselor…
Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
 
Dr. Mohd Faizal
Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
 
En. Mohd Zul Fadlain Abdullah
Universiti Islam Malaysia (UIM)
 
En. Muhammad Arif Ihtifazuddin
Universiti Islam Malaysia (UIM)
 
En. Wan Dhaiyudeen Helmy Wan Omar
(KUIPs)
 
 
 
 
LAIN-LAIN 
 
En. Mohd Faizal Ab Hamid
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa
Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR)
 
En. Shahrul Ridhwan S Ali
Seksyen Muamalat
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Sektor Dasar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 
Pn. Rozita
(Mantan) Ketua Progrm
Pejabat Pengurusan Program
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 
Dr. Nur Hanani Hussin
Penolong Pengarah
Unit Pendidikan Islam Menengah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
 
 
Hj. Mohiddin
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
Negeri Sembilan
 
En. Saifuldin
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
Perlis

 

Prof. Dr. Wan Mokhtar
(UKM)

 

 

KOLEKSI GAMBAR DI TAIPING

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOLEKSI GAMBAR DI MUAR

 

 

 

 

 

 

 

 

KOLEKSI GAMBAR DI KEMAMAN

 

 

 

 

KOLEKSI GAMBAR DISKUSI 

  

Updated:: 14/11/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1513311718