LATAR BELAKANG WAZAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» MENGENAI KAMI » SEJARAH DAN PENGURUSAN WAZAN » LATAR BELAKANG WAZAN

LATAR BELAKANG WAZAN

SEJARAH WAZAN

 

TRADISI BERBAKTI

Tradisi berbakti di bumi UPM telah tumbuh mekar sejak sekian lama merangkumi seluruh bidang dan aktiviti teras universiti seperti pendidikan dan penyelidikan, khidmat sosial dan kesukarelawan samaada menerusi sumbangan wang dan harta, idea, masa serta tenaga,  Ilmu pengetahuan serta kepakaran dan sebagainya. Budaya “BerilmuBerbakti” di UPM pula telah disuburkan lagi menerusi sektor pendanaan berasaskan sumbangan seperti institusi wakaf, zakat, endowmen, sedekah dan sebagainya yang berperanan sebagai mekanisme kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, selain tuntutan keimanan selaku khalifah dalam mentadbir dan memakmurkan amanah Allah S.W.T.

 

PENUBUHAN WAZAN

Penubuhan awal pengurusan zakat dan wakaf adalah pada tarikh 17 Januari 2013 (JPU Ke-468).Pengurusan Wakaf pada ketika itu adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Bursar UPM dan Pengurusan Zakat pula berada di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar, (BHEP) UPM.Pada 24 Jun 2015 (JPU Ke-544), pengurusn zakat dan wakaf telah digabungkan di bawah satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen yang berada di bawah tanggungjawab Pejabat Bursar UPM.

 

Pelbagai usaha telah diusahakan untuk menjadikan Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen kepada satu pusat yang dapat menumpukan pengurusan zakat, wakaf dan endowmen secara khusus dan menyeluruh bagi kemudahan kepada masyarakat sekitar UPM, khususnya kepada para warga UPM. Olehitu, pada 29 Jun 2016 (JPU Ke 581), telah diusahakan penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) yang akan berada terus di bawah tanggungjawab Pejabat Naib Canselor. Akhirnya,pada24 Ogos 2016 (JPU Ke-586), telah dilulusakan permohonan untuk menjadikan Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen kepada Pusat Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen dan tarikh kuatkuasa WAZAN adalah pada 01 Oktober 2016.

 

Penubuhan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM adalah sangat signifikan bagi menggerakkan transformasi pengurusan filantropi UPM secara efisyen dan efektif dalam membina potensi dan momentum yang berterusan sebagaimana yang dihasratkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi bagi menjana pendapatan universiti selaras dengan sasaran yang telah digariskan dalam Buku Ungu. Objektif penubuhan WAZAN adalah untuk:

 

  1. Menyuburkan budaya memberi untuk kepentingan ramai dalam kalangan warga UPM.
  2. Memperkasakan governan dan kelestarian kewangan UPM.
  3. Meningkatkan keupayaan UPM menerusi autonomi.
  4. Mengurangkan kebergantungan UPM kepada pembiayaan kerajaan.
  5. Meneroka potensi produktiviti aset universiti dengan lebih inovatif dan bersinergi.
  6. Meneraju IPT lain dalam pengurusan wakaf, zakat dan endowmen sebagai contoh model tadbirurus yang dijadikan penandaaras.

 

WAZAN

WAZAN adalah singkatan dari Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen  UPM. Singkatan daripada WAkaf, ZAkat dan EndowmeN yang bermaksud neraca atau alat penimbang yang juga disebut sebagai mizan di dalam bahasa arab. Pengertian WAZAN juga membawa kepada lima prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah iaitu Ihsan, Hikmah, Adil, Keseimbangan dan kecemerlangan di dunia dan diakhirat.

Updated:: 01/06/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-89471021/1022
03-89472048
C1506358326