Perutusan Pengarah | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBH.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, laman sesawang rasmi Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) ini berjaya dihasilkan. Penerbitan laman sesawang WAZAN ini merupakan satu wadah yang memuatkan semua maklumat organisasi, perkhidmatan, laporan dan lain-lain bahan yang diperlukan oleh pengunjung laman.

Persekitaran dunia yang semakin dinamik dan kompleks pada masa kini menuntut iltizam dan dedikasi yang tinggi dalam kalangan kakitangan WAZAN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pemegang taruh dan pelanggan yang diraikan. Ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat dan keperluan berurusan dengan pelbagai segmen pelanggan secara berkesan memerlukan strategi pengurusan yang lebih cekap  dan berkesan.

Mendepani realiti baharu ini juga, WAZAN telah membawa kepada penghasilan beberapa pelan strategik pengurusan yang akan dilaksanakan secara berperingkat bagi mengesan dan mengukur penanda aras matlamat utama penubuhan WAZAN. Inisiatif-inisiatif ini merupakan pancaran komitmen kakitangan WAZAN kepada penerapan budaya kecemerlangan secara berterusan di segenap lapisan agar dapat memberikan sumbangan perkhidmatan yang maksimum dalam usaha mencapai matlamat yang telah dirancang.

Saya berharap agar WAZAN dapat memperhebatkan lagi budaya kerja dalam organisasi agar menjadi testimoni lambang kesungguhan WAZAN sebagai pemacu utama mencapai kecemerlangan pengurusan wakaf, zakat dan endowmen di UPM.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berzakat, berwakaf dan menyumbang di WAZAN UPM dalam membantu golongan yang memerlukan. Juga kepada semua warga WAZAN yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam menggalas amanah yang diberikan demi memartabatkan perkhidmatan yang cemerlang sesuai dengan matlamat penubuhan WAZAN.

Semoga WAZAN akan terus melakar lebih banyak potret kejayaan sebagai sebuah organisasi peneraju dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk menyumbang dan berbakti. Mudah-mudahan Allah SWT Mengganjari kita semua dengan sebaik-baik kurniaan-NYA di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

 

Dr. Hj. Razali Othman

Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 09/10/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1510972008