"WAZAN di Hati"
2016 : Fasa Penubuhan
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) secara rasminya telah dikuatkuasakan penubuhannya pada 1 Oktober 2016 di bawah portfolio Pejabat Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) baharu, WAZAN perlu mewujudkan pelbagai keperluan yang strategik dan signifikan dalam merealisasikan transformasi pengurusan dan pentadbiran WAZAN pada landasan yang tepat.
2019 : Fasa Pengukuhan
Fasa pengukuhan adalah fasa pelaksanaan strategi-strategi yang telah diwujudkan dalam melonjakkan lagi prestasi WAZAN.
2022: Fasa Pemantapan
Fasa pemantapan pula adalah fasa untuk memperhalusi setiap sistem dan strategi yang telah digunakan bagi mencapai kecemerlangan yang berterusan.
2025: Fasa Kecemerlangan
Fasa kecemerlangan adalah fasa untuk mempertahankan dan mempertingkatkan lagi keberhasilan pencapaian yang membanggakan.
WAZAN The Little al-Azhar
Impian WAZAN adalah untuk muncul sebagai The Little al-Azhar selaras dengan misi menjadi salah satu pusat pengurusan wakaf, zakat dan endowmen yang bereputasi antarabangsa dengan peningkatan aset, hasil kutipan dan dana agihan.
Kemaskini:: 12/10/2018 [nuruliman]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.