SOALAN LAZIM TENTANG ZAKAT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» KHIDMAT UTAMA » SOALAN LAZIM TENTANG ZAKAT DAN WAKAF » SOALAN LAZIM TENTANG ZAKAT

SOALAN LAZIM TENTANG ZAKAT

Soalan Lazim Zakat

1) Saya terlupa membayar zakat simpanan pada tahun lalu. Apakah yang perlu dilakukan ?

Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun lalu kewajipanya maka wajib diqada’ semula setelah menyedarinya.

2) Wajibkah para pelajar yang menerima biasiswa, membayar zakat sepertimana zakat pendapatan yang dibayar oleh orang yang bekerja ?

Wang biasiswa tidak diwajibkan zakat keatasnya kerana melibatkan wang perbelanjaan seharian untuk urusan pembelajaran. Tambahan pula ia sentiasa berkurangan dari semasa ke semasa dan tidak cukup haul dan tidak cukup setahun yang telah ditetapkan oleh syarak untuk melayakkanya mengeluarkan zakat.

3) Adakah bantuan daripada zakat ini perlu dibayar semula ?

Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.

4) Bolehkah membayar zakat terus kepada asnaf tidak melalui amil ?

Boleh dan hukumnya adalah sah, akan tetapi kita sekarang hidup bukan seperti zaman dahulu dimana iman orang islam sangat kuat apabila cukup haul dan nisab terus keluar mencari asnaf. Pemerintah juga telah mengarahkan untuk memungut zakat dari golongan kaya dan diberi kepada golongan yang memerlukan untuk kemaslahatan umum dan menyusun semula cara pengeluaran zakat.

5) Adakah wang simpanan di Tabung Haji perlu dikeluarkan Zakat oleh pemiliknya ?

Wang yang disimpan di Tabung Haji telah dibayar zakatnya oleh pihak Lembaga Tabung Haji bagi pihak pendeposit. Ini merupakan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 Mei 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat oleh Tabung Haji.

6) Bagaimanakah Pengagihan zakat ini dilakukan ?

Agihan zakat hendaklah dilaksanakan mengikut keutamaan iaitu asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf. Berasaskan prinsip ini, sekiranya peruntukan untuk keempat-empat asnaf ini tidak mencukupi, maka pindahan peruntukanndari asnaf yang lain hendaklah dilakukan dengan mengutamakan kempat-empat asnaf ini. Pengagihan zakat hendaklah dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan keperluan asnaf.

7) Bolehkah untuk memberi zakat kepada orang bukan islam ?

Boleh. Hukumnya adalah harus jika asal tujuannya adalah untuk berdakwah dan menarik mereka kepada islam. Ini menunjukkan Islam adalah praktikal dan tepat untuk dilaksanakan.

8) Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti Had al-Kifayah zakat ?

Keperluan asasi yang diambil kira dalam penentuan Had al-Kifayah adalah seperti :

a) Perlindungan

b) Makanan dan minuman

c) Pakaian

d) Perubatan

e) Pendidikan

f) Pengangkutan

Didalam sesebuah keluarga had kifayah adalah berbeza mengikut individu, jumlah anggota rumah juga mempengaruhi kadar Had kifayah. Dimana semakin besar keluarga semakin meningkatlah kadar Had alKifayah tersebut.

Updated:: 24/05/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-89471021/1022
03-89472048
C1506294383