PENGURUSAN ZAKAT DAN PEMBANGUNAN ASNAF | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» KHIDMAT UTAMA » PENGURUSAN ZAKAT DAN PEMBANGUNAN ASNAF

PENGURUSAN ZAKAT DAN PEMBANGUNAN ASNAF

LAPAN ASNAF ZAKAT

 

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus (amil) zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.”

 

WAZAN telah menggalas amanah dalam mengurus zakat dengan penuh rasa tanggungjawab yang tinggi. Sesungguhnya, menguruskan jumlah wang yang banyak juga adalah suatu ujian yang berat. Apatah lagi beroperasi di dalam sebuah organisasi yang baru membangun, di mana masyarakat khususnya dalam kalangan warga UPM sentiasa peka dengan setiap gerak-geri WAZAN. Maka kesilapan yang kecil akan sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan warga UPM.

 

Oleh yang demikian, WAZAN sentiasa memsatikan pengagihan zakat yang dijalankan berlandasakan ketelusan dan bersistematik. Ia bermula dengan mengenalpasti mereka yang layak menerima banyuan sebagai asnaf dengan membuat semakan permohonan e-Zakat online yang diisi oleh para pelajar UPM. Seterusnya menilai jumlah bantuan yang perlu diberikan kepada pemohon e-Zakat. Kemudian menilai program agihan yang dilaksanakan dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

 

Alhamdulillah, pada hari ini WAZAN berusaha untuk membuktikan bahawa amanah yang dipikul itu ditunaikan dengan sebaik mungkin. Pada tahun 2016, sebanyak RM __________ telah diagihkan kepada asnaf dalam kalangan warga UPM yang layak. Disamping itu, pelbagai program pembangunan asnaf telah dijalankan oleh pihak WAZAN sepanjang tahun 2016 bagi membantu meningkatkan prestasi akedamik dalam kalangan asnaf di UPM. Program-program inilah yang menjadi agenda di WAZAN untuk memastikan warga UPM khususnya mendapat manfaat daripada zakat.

 

Malah, demi memperkasakan golongan asnaf fakir dan miskin, WAZAN telah memperuntukkan sejumlah besar dana zakat bagi memastikan golongan ini mendapat manfaatnya. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk memenuhi keperluan sara diri, bantuan pembayaran yuran pengajian, bantuan pembayaran yuran kolej kediaman, dan bantuan lain-lain.

Hakikatnya, WAZAN sentiasa berusaha memperkasakan aspek agihan zakat di UPM. Menerusi lima program teras agihan zakat, ternyata sudah ramai dalam kalangan asnaf yang mampu melonjakkan potensi diri mereka untuk keluar dari kepompong asnaf.

Hakikatnya, jumlah agihan zakat yang dinyatakan di sini adalah agihan yang merangkumi pelbagai bantuan antaranya ialah bantuan kewangan bulanan, bantuan sara diri, bantuan bayaran yuran pengajian, bantuan bayaran yuran kolej kediaman, dan bantuan lain-lain.

 

Justeru itu, setiap sen nilai zakat kita semua yang ditunaikan telah disalurkan kepada lapan asnaf mengikut keperluan mereka. Apabila melihat situasi ekonomi yang tidak menetu pada masa kini, maka tidak hairanlah bilangan asnaf turut sama akan meningkat secara drastik. Oleh yang demikian, untuk menyantuni asnaf-asnaf ini, WAZAN memerlukan lebih banyak kutipan wang zakat sejajar dengan pertambahan jumlah penerima zakat.

WAZAN PRIHATIN

 

Di samping menyantuni asnaf melalui agihan zakat, WAZAN turun melaksanakan pelbagai strategik bagi menyebarluaskan dakwah zakat dalam kalangan pembayar zakat sedia ada serta pembayar baharu melalui kaedah pembayaran zakat yang ditawarkan oleh pihak WAZAN di UPM iaitu pembayaran melalui kaunter WAZAN, Skim Potongan Gaji (SPG) bagi staf UPM, dan lain-lain.

 

Peranan WAZAN di dalam urusan kutipan dan agihan zakat ini cukup besar dan kami yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan WAZAN mempu memberikan kepuasan kepada semua pelanggan WAZAN. Kami juga turun mendapat sokongan padu daripada ejen-ejen kutipan zakat seperti LZS, syarikat-syarikat korporat, alumni-alumni UPM, dan lain-lain lagi.

 

CABARAN ALAM MAYA

 

Pada zaman fitnah berteknologi dan dunia era globalisasi ini, pelbagai berita mudah disebarkan dengan cepat, meluas dan mudah. Perantaraan teknologi seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Emel dan seumpamanya menjadi proses limpahan maklumat tersebut mudah diperoleh sehinggakan tidak mampu ditapis dan tidak sempat dipastikan kebenarannya. Ditambah dengan sikap teruja dan tidak mahu ketinggalan dengan berita terkini yang diperolehi, lalu tersebarlah maklumat secara meluas bagaikan fakta tanpa sebarang syak wasangka. Realitinya, maklumat yang diperoleh tanpa asas kebenaran dan kepastian yang jitu boleh mengundang fitnah, bala, bencana, kecelakaan, permusuhan dan perselisihan. Kerana itu, Islam mensyaratkan ‘tabayyun’ sebagai konsep penerimaan, penilaian dan penyebaran sesebuah berita atau maklumat.

 

Dalam era globalisasi kini, media sosial merupakan alat komunikasi yang sangat segnifikan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Justeru itu, penggunaan media sosial sangat penting dalam usaha menyebarluaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak WAZAN kepada masyarakat, khususnya kepada para pelanggan WAZAN. Terdapat beberapa laman sesawang yang digunakan oleh pihak WAZAN dalam usaha mempromosi perkhidmatan WAZAN kepada para pengguna media sosial dan pelanggan WAZAN khususnya. Antaranya adalah, Facebook (WAZAN), E-mel WAZAN, Instagram ().

 

TUNAI ZAKAT ANDA

 

Sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan kutipan wang zakat di UPM, WAZAN telah mengekalkan momentum peningkatan kutipan zakat pada setiap tahun. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, Alhamdulillah WAZAN masih mampu meneruskan usaha menyebarluaskan dakwah zakat kepada semua warga UPM khususnya.

 

Peranan WAZAN yang utama adalah bcbcdsagciuwgiytoqiwfjkscnxnckgvfciygqif1qrudwqkjd.

 

Untuk rekod, pada tahun 2016, dicatatkan kutipan melalui Skim Potong Gaji (SPG) adalah RM________ iaitu _____% daripada RM__________ jumlah kutipan zakat melalui SPG pada tahun sebelumnya. SPG adalah satu saluran kutipan zakat yang ringkas dan memudahkan pembayar zakat bagi warga UPM. Malahan kaedah pembayaran zakat melalui SPG ini juga merupakan kaedah rebat cukai bulanan yang diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Justeru itu, pihak WAZAN telah mewujudkan kemudahan portal __________ yang memberikan kemudahan kepada para pembayaran zakat dalam kalangan staf UPM yang membuat pembayaran melalui Skim Potongan Gaji (SPG).

 

Zakat adalah amanah yang dititpkan Allah SWT. Zakat adalah jalan bagi datangnya sumber keberkatan dalam kehidupan. Bagi seorang peniaga atau usahawan, maka zakat adalah suatu cara memberkati perniagaannya. Perniagaan yang berkat, pasti sahaja mengundang keberuntungan dunia dan akhirat. Inilah janji Allah SWT kepada mereka yang menunaikan zakat.

Updated:: 19/09/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

C1506294283