PENGURUSAN DANA WAKAF ILMU | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» KHIDMAT UTAMA » PENGURUSAN DANA WAKAF ILMU

PENGURUSAN DANA WAKAF ILMU

 

Pengertian Wakaf

Wakaf turut dikenali sebagai sedekah jariah iaitu ibadah yang berbentuk penyerahan harta yang dimiliki dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi tujuan kemaslahatan umat. Ibadah wakaf merupakan amalan jariah berbentuk kekal yang dianugerahkan ganjaran pahala yang berterusan kepada para pewakat sehingga hari Kiamat.

Dana Wakaf Ilmu UPM

Dana Wakaf Ilmu UPM merupakan satu kemudahan untuk berbakti kepada UPM menerusi amalan berwakaf, sama ada wang tunai atau harta (alih/tidak alih) di bawah pengurusan Jawatankuasa Pemengang Amanah Dana Wakaf Ilmu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM sebagai al-Mutawalli (Pentadbir Wakaf) demi kepentingan dan kemajuan aktiviti keilmuan.

MATLAMAT

  • Menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan wakaf dan infak.
  • Menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dan amal jariah.
  • Memainkan peranan sebagai pemudahcara dan pengurus amalan kebajikan serta dakwah.

MANFAAT DANA WAKAF ILMU DI UPM

Setiap dana infak dan wakaf ilmu di UPM, sama ada wakaf am atau wakaf khas, akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyediaan fasiliti dan prasarana bagi aktiviti keilmuan, merangkumi program pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dakwah dan pengimarahan, penyelidikan dan inovasi serta khidmat komuniti yang menjadi aktiviti teras universiti.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN.

Setiap pewakaf berhak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6, 1888)

Updated:: 19/09/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

C1506294286