AGIHAN ZAKAT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» KHIDMAT UTAMA » agihan zakat

AGIHAN ZAKAT

AGIHAN ZAKAT

ASNAF ZAKAT

Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, UPM melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan perjanjian antara UPM dengan Lembaga Zakat Selangor, iaitu, UPM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada lima daripada lapan asnaf sahaja :

Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat, tinggal dan keperluan-keperluan lain.

Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya meraka teguh mencintai Islam.

Ibnu-Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat :

  • Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
  • Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

Fisabilillah
Tiap-tiap perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

Updated:: 23/05/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

C1506294367