UPM Serdang, 19 Dis - Pada Semester Kedua 2022/23 yang lalu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) julung-julung kali menganjurkan Program Breakfast Dulu B4 Exam yang menerima sambutan yang amat memberansangkan.
Sehubungan itu, bagi Semester Pertama 2023/24 ini, WAZAN UPM sekali lagi akan menganjurkan Program Breakfast Dulu B4 Exam untuk memberikan bantuan sarapan pagi kepada pelajar UPM sebelum mereka menduduki peperiksaan. Sebanyak 2,000 pek sarapan pagi akan disediakan pada musim peperiksaan akhir semester yang akan dijalankan pada 29 Januari – 18 Februari 2024.
Oleh itu, WAZAN UPM melancarkan Tabung Sumbangan Breakfast Dulu B4 Exam yang bertujuan mengajak semua untuk menghulurkan sumbangan ke Tabung UPM Prihatin @WAZAN melalui Payment Gateway UPM. Para penyumbang boleh menyumbang dengan mengimbas kod QR yang disediakan di dalam e-poster atau klik pautan
https://wazan.upm.edu.my/kandungan/tabung_upm_prihatin-70049
Pihak WAZAN juga menyediakan talian untuk dihubungi sekiranya terdapat pertanyaan yang lebih lanjut ditalian 03-9769 8993/1022 atau emel ke
wazan@upm.edu.my
Tarikh Input: 31/12/2023 |
Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA