WAZAN HADIRI MESYUARAT OPERASI KUTIPAN PENOLONG AMIL IPT SELANGOR ZAKAT SELANGOR
SHAH ALAM, 31 Jul - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menghadiri mesyuarat Operasi Kutipan Penolong Amil IPT Selangor di sini hari ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ejensi, Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor yang bertujuan untuk melihat prestasi semasa kutipan zakat IPT dan perancangan bagi mempertingkatkan kutipan zakat.
Seminar yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA ini telah dihadiri oleh Ketua, Seksyen Pengurusan Zakat WAZAN selaku wakil UPM. Disamping itu juga kehadiran wakil pusat zakat IPT Negeri Selangor turut bersama-sama hadir mewakili IPT masing-masing dalam mesyuarat ini.
Dalam mesyuarat ini juga diadakan Sesi Task Force Pemasaran Kutipan Billplz IPT yang bertujuan untuk mempertingkatkan kutipan zakat melalui medium kutipan payment gateway bagi memudahkan pembayar zakat.
Tarikh Input: 31/07/2023 |
Kemaskini: 27/11/2023 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA