WAZAN UPM BUKA SUMBANGAN ANAK SEKOLAH TAHUN 2024 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN UPM BUKA SUMBANGAN ANAK SEKOLAH TAHUN 2024

WAZAN UPM BUKA SUMBANGAN ANAK SEKOLAH TAHUN 2024

UPM SERDANG, 20 Jan - Musim Persekolahan sesi 2024/2025 akan dibuka pada 11 Mac 2024 melibatkan sekolah seluruh negara. Sesi persekolahan ini semestinya akan memberikan kesan kepada ibu bapa yang akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah terutamanya golongan kurang berkemampuan.
 
 
Oleh itu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka permohonan Bantuan Persekolahan kepada staf UPM yang kurang berkemampuan. WAZAN UPM telah memperuntukkan sejumlah RM150,000.00 menggunakan dana zakat untuk disumbangkan kepada staf UPM yang mempunyai anak yang akan bersekolah pada sesi 2024/2025.
 
Staf UPM yang kurang berkemampuan mesti mengisi borang permohonan yang telah disediakan dan WAJIB memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti beragama islam, warganegara Malaysia, staf UPM (tetap, kontrak - lantikan Pej. Pendaftar), berpendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf yang tidak melebihi RM5,000.00 dan lain-lain kriteria yang diletakkan sebagai syarat permohonan.
 
Permohonan yang dibuka hanyalah untuk ibupada yang mempunyai anak berumur 5-17 tahun sahaja dan perlu menyertakan salinan sijil kelahiran atau mykid sebagai lampiran permohonan

 

 

Tarikh Input: 13/02/2024 | Kemaskini: 13/02/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdNAF~