WAZAN TERUS JALIN RAKAN STRATEGIK LUASKAN WAKAF | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN TERUS JALIN RAKAN STRATEGIK LUASKAN WAKAF

WAZAN TERUS JALIN RAKAN STRATEGIK LUASKAN WAKAF

UPM, 7 Mei 2019 – Jalinan kerjasama WAZAN bersama pelbagai pihak luar sememangnya memainkan perana penting dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan sebagai kerangka pemasaran. Sejajar dengan itu, menyedari kepentingan penglibatan pelbagai pihak luar dalam membantu projek WAZAN maka Dr. Haji Razali Othman telah mengatur perjumpaan bersama beberapa pihak berkepentingan untuk berkongsi idea dan pandangan bagi membantu WAZAN meluaskan manfaat dana wakaf dan zakat. WAZAN telah berjaya menarik minat empat rakan strategik baru iaitu Cuckoo, NAFAS, NIPPON dan Regency.

Kesemua organisasi ini begitu tertarik dengan sumbangan Wakaf, Zakat dan Infaq sebagai sumber ekonomi ketiga. Jalinan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan hasil sumber dana wakaf, zakat dan infaq. Dalam pada itu, Pengarah WAZAN iaitu Dr. Razali bin Othman telah mengetuai perbincangan ini dan menjelaskan berkenaan prospek pembangunan projek dan pelbagai program yang boleh dijalankan dengan kolobrasi ini.

WAZAN amat berbesar hati dengan kesudian rakan strategik baru ini dan berharap WAZAN mampu bergerak seiring dengan pelbagai pihak luar dalam memastikan sumber wakaf, zakat dan infaq ini akan berjaya memangkin sumber pembiayaan ekonomi dan pendidikan di Malaysia secara umumnya dan khususnya di UPM.

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 21/05/2019 | m.jazmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdIAP~