WAZAN Menjalani Latihan Pencegahan Kebakaran (Fire Drill) | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN Menjalani Latihan Pencegahan Kebakaran (Fire Drill)

WAZAN Menjalani Latihan Pencegahan Kebakaran (Fire Drill)

WAZAN UPM, 30 September 2019 – WAZAN telah menjalani latihan pencegahan kebakaran (fire drill) anjuran Unit Bantu Mula Bahagian Keselamatan Universiti. Latihan ini telah berlangsung di kawasan perkarangan pejabat WAZAN. Antara peserta yang menjalani latihan ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai WAZAN, Pegawai dari Pejabat POS, Asnaf, Unit Bantu Mula, Pusat Kesihatan UPM serta orang ramai.

Tujuan latihan pencegahan kebakaran ini dijalankan adalah kerana ia adalah diwajibkan bagi setiap PTJ yang ada di UPM. Latihan kebakaran ini mestilah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali. Latihan ini mengambil masa sekitar 15 minit. Hasil daripada laporan pemerhatian Unit Bantu Mula, mereka mendapati bahawa pihak WAZAN berada dalam keadaan memuaskan.

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdNA6~