WAZAN LANCAR KEMPEN ZAKAT MAKSIMUM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » WAZAN LANCAR KEMPEN ZAKAT MAKSIMUM

WAZAN LANCAR KEMPEN ZAKAT MAKSIMUM

UPM SERDANG, 2 SEPT - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM melancarkan kempen zakat maksimum bermula 1 September 2022 sehingga 31 Disember 2022 ini.
 
Kempen ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pembayar-pembayar zakat di UPM menentukan jumlah sumbangan zakat yang dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor dengan mengambil peluang untuk menunaikan sebagai rakyat Malaysia melalui potongan cukai berjadual (PCB) yang ditolak secara bulanan.
 
KEMPEN ZAKAT MAKSIMUM
 
Kempen ini juga bertujuan untuk memperkasakan kutipan zakat ke tahap yang optimum dalam memastikan bahawa 50% daripada kutipan yang berjaya diperoleh akan dipulangkan kembali kepada UPM dan dapat membantu lebih ramai pelajar melalui program-program bantuan dan sumbangan.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, "Kempen ini adalah program yang adil untuk kesemua pembayar zakat di UPM, hal ini disebabkan ramai pembayar zakat membayar zakat melalui penukaran PCB kepada zakat yang tinggi pada setiap bulan", katanya ketika mengulas berkenaan kempen zakat maksimum di pejabat WAZAN minggu lalu.
 
"Kempen ini boleh menjadi projek rintis untuk kita mencapai 90% pembayar zakat melalui skim potongan gaji (SPG) bulanan dalam kalangan staf UPM yang layak berzakat", ujarnya.
 
Dalam kempen ini juga, pihak WAZAN UPM menyediakan lima hadiah cabutan bertuah berupa pakej mengerjakan umrah dan wang tunai untuk mereka yang menyertai kempen ini.

Tarikh Input: 06/09/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdGAl~