WAZAN JALIN UKHWAH BERSAMA UZS MPMM JORDAN
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) menjalin ukhwah bersama-sama Unit Zakat dan Sedekah (UZS), Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ).
Ukhwah tersebut terjalin sewaktu pertemuan WAZAN yang diwakili oleh Ketua Seksyen Zakat dan Pembangunan Asnaf, En. Zuhaimi Abdul Rahim dan UZS MPMMJ diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UZS sesi 19/20 dan AMT baharu UZS sesi 20/21.
Pertemuan dua hala ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan idea-idea dan saluran sumbangan luar yang boleh diperoleh serta cadangan penambahbaikan dalam gerak kerja UZS supaya menjadi lebih efisien dan teratur.
Tarikh Input: 09/03/2020 |
Kemaskini: 09/03/2020 | nuruliman
PERKONGSIAN MEDIA