UPM, 28 JANUARI 2019 – Pembangunan sahsiah dan intelek amatlah penting dalam membentuk warga kampus yang memiliki sifat ihsan, bekerjasama dan saling membantu. Sejajar dengan itu, WAZAN menyedari kepentingan akan kesedaran warga UPM untuk membantu orang lain menerusi sumbangan wakaf, zakat dan sedekah. Oleh itu, WAZAN yang diwakili Dr. Haji Razali Othman dan Ustaz Zuhaimi telah bertandang ke Fakulti Ekologi Manusia untuk berbincang bersama Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan ahli jawatankuasa fakulti untuk membangunkan wakaf dan zakat di UPM. Maka, hasrat murni ini memerlukan kepakaran dan pengalaman para penyelidik di fakulti Ekologi Manusia yang sememangnya pakar di dalam bidang kemanusiaan, kemasyarakatan, pengurusan keluarga dan kewangan.
Justeru, langkah ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada para penerima bantuan dan kedua –dua belah pihak. Melalui perbincangan ini juga WAZAN sedia untuk membantu penjanaan pendapatan kepada fakulti Ekologi Manusia menerusi sumber dana wakaf dan zakat. Usaha sama ini diharapkan mampu memberikan sumbangan besar dalam meningkatkan lagi indeks kebahagiaan UPM. Diharapkan hubungan antara WAZAN bersama pihak fakulti akan dapat dijayakan dengan baik sebagaimana slogan “Rezeki dikongsi, Nikmat disyukuri” yang menjadi citra usaha WAZAN membantu seluruh warga kampus hijau ini.
Tarikh Input: 28/02/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | m.jazmi
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Buka: Isnin - Jumaat.
Tutup: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.